19 Nov 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Gila chocolate cake dah aku ni...adooii..berlemak-lemak lerr..
Chocolate Cake memang mendapat sambutan tinggi kan..

kalau aku buat sentiasa habis...
so tak ada la membazir..
anak2 buah aku semua suka...
kalau semua anak buah aku ada 9 orang memang tak cukup la kek nyer..

cuma anak aku ni je belum mengerti lagi..
almaklum ar, budak umur setahun lebih..
makan nyer sikit main nyer lebih..
sayang mama ni...

kali ini aku nak try buat chocolate cake tanpa egg..
tak pernah try pun sebelum ni..
so rasa dia memang moist sangat..
cara dia pun mudah..ko tak payah nak susah2 keluarkan mixer..
hanya pakai handwisk je..
godek...godek..dah siap..






Super Moist Eggless Chocolate Cake

by: Ana

Bahan-bahan :1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung *susu tepung biasa tak ada..yg ada susu aryan..mama ambil sikit ye susu aryan..wakaka..sedap je kek ni*
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan