31 Mac 2012

1st Order Pavlova



Semalam aku baking pavlova..
Ni 1st order aku terima untuk pavlova..
Dan kali ke 3 aku buat..
Mulanyer rasa macam tak nak ambil..risau tak jadi or pe la..
Tapi jika aku tak ambil, macam mana nak mulakan business..betul tak..
So aku ambil la order, kenal dia melalu puteri umno..dia 1 cawangan dengan aku..

Mencabar gak kali ni aku buat..sebab aku bakar 100c selama 1 jam..
Oven aku kan kecil, tak berani nak buka api besar..aku takut nanti atas dia rentung..dalam belum masak..
Tak nak ambil risiko..buka la sederhana je..
Bila dah cukup masa..atas dia dah nampak masak..tapi kat tepi belum lagi..
So bakar la balik..kali ni kuatkan api sikit..bakar dalam 20 minit lagi..
Sepatut nyer pavlova ni dimasak sejam..jadi kat aku hampir 2 jam..
Tak apa practice for perfect..
T___________T

Kalau nak resepi ambil kat sini la ye..
Malas lak makcik nak copy paste ;p
Pe pun thanx untuk aishah sebab memberi keyakinan kepada saya..

30 Mac 2012

Entri Ringkas (01)

Lunch tadi aku pergi Midvalley dengan opismate..
Just lunch kat Delifrance..

So aku singgah quardian nak beli syampoo yang dah habis kat rumah tu..
Then teringat bedak muka aku dah habis..


Clear Smooth All In One..Shine Free Cake Powder..
Ini yang aku pilih,,
Yang pasti spf 25..all day shine control..uv protection..fairer skin conceals..long wear..smoothes and evens..
Murah pun murah..hanya RM17.91 jee..

Dan penting oil free..muka aku ni teruk sikit minyak..
Boleh buat minyak masak rasa nyer..
Siap laki den sound "pe sal muka berminyak sangat ni"
Ooohh..sentap mak tau..
Minyak,minyak pun muka ini yang pa cium kan ;p
Harap dengan bedak ini dapat menyerap segala minyak yang ado..
T_________T

Naik Tak Naik

Pe yang naik tak naik ni ana ooii..
Ni tengok dayu buat muffin cantik je naik membukit..
Aku buat kadangkadang naik cantik..kadangkdang tak naik..paling frust masa bakar naik je cantik..
Dah masak turun menjunam..wawawawa....

Ce tengok picca muffin ni cantik jee kejadian nyer..
Di aku kredit dari blog kak izah ....mintak copy paste ye akak..






Aku pun tanya la sifu muffin ni..aku tanya dalam fb..
Salah serbuk penaik ke...salah oven ke..or salah akuuuu...heheh..
Ada la dia bagi tips nyer..
Tips selebih nyer ada dalam blog dia..
So ni aku share kan tips yang dia bagi..
Senang nanti aku nak rujuk..

Tips Tentang Muffin Dari http://izahdaut.blogspot.com/2011/07/muffin-pisang-inti-coklat.html

1. Secara umumnya muffin adalah salah satu jenis cupcake. Cupcake ni lagi luas dan merangkumi pelbagai jenis, contoh medeleines  pun adalah sejenis cupcake dan mooncakes pun dikatakan dikategorikan di bawah cupcakes. Asalkan ianya berbentuk kek yang dimasak didalam mould kecil, ianya adalah cupcakes.
2. Cara pembikinan membuatkan kita lebih mudah membezakan cc dengan muffin. CC dibuat dengan pelbagai teknik. 
Antaranya teknik cream mixture - iaitu menggebukan gula dan butter seterusnya telur.
teknik all in 1 mixture- masukkan semua bahan dan gebukan.
teknik whisked mixture- iaitu dengan wisk kan dulu telur, gula dan kemudian bahan2 lain. 
teknik muffin- iaitu mengasingkan bahan kering dan bahan basah kemudian campurkan keduanya.
3. Jadi secara khususnya membuat muffin adalah sangat mudah. Iaitu mengasingkan bahan kering dan basah. Kemudian tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul.
4. Satu perkara penting  untuk mendapatkan muffin yang fluffy gebu dan lembut ialah jangan OVERMIX bahan basah dengan kering. Gaul sekadar sahaja. Biarkan jika adunan nampak tak licin dan adunan nampak berketul2.  
Cara saya mudah, saya pastikan bahan2 kering betul2 digaul rata. Kemudian bahan2 basah seperti telur, mentega cair, susu segar, pisang, yogurt dsb digaul sebati. Kemudian curah ke dalam bahan kering dan kaup balik menggunakan spatula. Gaul kurang lebih 1 minit aje. Jangan overmix!
5. Untuk mendapatkan muffin membukit naik, sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh. Tapi awas tidak semua jenis muffin akan naik membumbung, Ada juge jenis muffin yang akan melimpah ruah. Lain jenis muffin dan adunan, lain result yang dapat. Sebab itulah saya suke mencube pelbagai jenis muffin. Jika dalam resepi ada menyebut sudukan hanya 1/2 adunan bermakna mungkin muffin jenis yang agak cair adunanya.
6. Satu faktor lain membumbung naik atau tidak muffin ini, adalah jenis adunanya. Berdasarkan pengalaman cetek saya membuat muffin ni, jika adunan sedikit pekat, saya suke letakkan adunan agak penuh ke dalam muffin cup. Nanti hasilnya muffin akan naik membumbung cantik. Sebab permukaan muffin mudah kering dan akan membuatkan muffin tidak melimpah.
Muffin yang adunan nya agak cair , mungkin ada keberangkalian akan melimpah jika meletakkan penuh2 ke dalam muffin cup. Mungkin disebabkan permukaannya masih cair basah  ia mudah melimpah. *ini adalah berdasarkan pengalaman. Bukan teori sebenar yeee.. hhehe
7. Faktor lain adalah, jangan  ketuk atau hentak muffin cup selepas disudukan adunan. Biarkan ada angin2 di dalam adunan itulah yang membuatkan muffin naik membumbung.
8. Faktor lain adalah suhu oven. Ramai juga yang mungkin mengalami masalah muffin tak naik elok kerna suhu oven masing2. Syaa belajar dari  sifu kak Nor Secubitgaram yang suhu juga memainkan peranan penting. Kite sendiri kena faham ragam oven masing2 untuk menghasilkan muffin yg elok. Kata kak Nor jika oven menggunakan api atas dan bawah ada 2 cara untuk menentukan yang mana satu lebih elok.
pertama: Bakar muffin 10 minit menggunakan api bawah, kemudian tukar ke api atas dan bawah hinnga masak.
kedua: Bakar muffin menggunakan api atas bawah, kemudian tukar ke api bawah sahaja sehingga masak.
Sila cube yang mana satu elok dengan oven untuk menghasilkan muffin yang cantik.
9. Dah baca semua atas tu kan? Nak bagitau skali lagi, secara khususnya membuat muffin mmg tidak menggunkaan mixer, tidak perlu cream teknik bagai. Hanya menggaulkan bahan basah bersama bahan kering. Tapi kerana kekreatifan kite maka dah banyak variasi muffin yang menggunakan teknik pelbagai. Dan hasilnya sangat memuaskan dan menambah fluffy gebunya sesuatu muffin itu. Satu lagi kalau dibarat muffin ni lebih suke dibakar bogel tanpa cup dan berbentuk cendawan. Satu lagi cadangan hidangan adalah ketika panas2.
10. Penggunaan sesuatu bahan juga menambah kegebuan sesuatu muffin.


So dah dapat tips dari pakar muffin..thanx kak izah..
Lepas ni menjadi dengan cemerlang dan terbilang ar muffin aku..

29 Mac 2012

Aku Tak Cukup Kuat :(

I need a new job rite now..
Plezz..

Pe la nasib ni..
Semenjak dua, tiga minggu ni asyik kena marah jee..
Kalau dapat bos bukan sebangsa macam ni la keadaan..
Kite yang dibawah dia, di tindastindas jee..

Hari ni kena lagi..
Pagi tadi dah mejurai air mata ni mengalir..aku memang tak kuat..
Now kena lagi, benda kecik je pun..
Tak boleh ke ko sial cakap elokelok..
Kenapa perlu tengkingtengking..
Meleleh lagi air mata ni..
Tak tahan aku dah..asyik kena tengking jee..ke saje dia nak cari pasal dengan aku je..entah lar..
Serius aku dah fedup kat sini..

Aku rasa nak jadi housewife jee..
Jaga makan pakai laki dan anak..
Pastu aku buat bussiness kecik dengan hobi aku yang suka membaking tu..
Ok tak ;p

Tak apa la, tengok nanti macam mana yee..lagi pun bukan semata kena marah aku nak berhenti..tapi keadaan sekeliling disini juga..
Tapi kena bincang dulu dengan papa macam mana..

Insyaallah rezeki ada dimanamana..
Jika tidak sebagai kuli, kire cari business lain..

Doakan yang terbaik untuk saya ye..


#cepat arr 5.30..nak balik jumpa pengubat lara..dari tengok muka ko yang macam =%&÷#

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wordless Wednesday 280312 : Nyumm..Nyummy..

28 Mac 2012

From Vietnam

Kali ini officemate aku, kak basha pulak pergi vietnam bercuti..
Hari tu azlen..


Aku just kirim shawl jee..murah pun..
Lembut sungguh kain dia..pastu depan belakang color lainlain lak tu..
Satu tanah color pink corak bulat tu color brown..
Yang belakang dia pulak tanah color brown corak bulat tu color pink..
So boleh la pakai yang manamana..
Tak la orang perasan pakai shawl yang same ;p

Dia banyak borong kain ela..kain cotton..
Cantik seyy..tu pun de 2 orang kat opis ni kirim kain cotton kat dia..
Aku tak kirim ar,kain 5 pasang kat rumah tu pun tak jahit lagi..
Tunggu nak dekat raya nanti la pulak..

Then buluh kecik tu souvenir dari dia..
Aku ambil color pink gak..
Nak buat macam mane aku kan pengemar color pink..
Kalau de anak perempuan habis aku beli warna pink je..

Thanx kak basha ye..

Ana Dan Tutti Frutti Tak Dapat Dipisahkan

Tajuk tak menahan okey ;p
Ni pi makan hari sabtu malam baru ni..
Kan minggu lepas cuaca panas jeee...so pi pekena benda sejuk memang syiok arr..


Nak rasa flavor mango..
Tapi tak ada lak kat Sek 13 Shah Alam ni..
Sudah nyer aku ambil death chocolate + red velvet je..

Tengok ar aksi dua beranak ni..
Baik hati lak papa, take picca weols..
Kalau tak disuruh baru buat ;p








Tengok la dua beranak ni memang hantu tuti futi..
Tapi dapat kan aryan..tengok meja putih tu jadi ape tah..
Jenuh la orang tu nak membersihkan..
T________________T

27 Mac 2012

Black Beauty Chocolate Cupcake

Semenjak 2,3 minggu rajin nyer la aku membaking..
Kalau dah rajin susah nak berhenti..ce malas, lantak pi arr..
Kali ni sajesaje buat Black Beauty Chocolate Cupcakes untuk makan sendiri..
Pastu ada lebih bagi rumah mak mertua dan jiran sikit..


Sebelum ni ada dah buat kek ni kat sini..
Ini kali ke 2 or 3 rasa nyer aku buat kek nii..


Tak apa la..aku letak gak resepi kat sini..
Senang nanti untuk kegunaan aku gak..

Sumber: MasamManis
By: Ana

Bahan A
2 cwn tepung gandum/superfine
¾ cwn serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil b.powder

Bahan B
2 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn myk masak @ butter dicairkan (ana guna minyak masak)
1 cwn air panas suam
1 sudu besar coklat emulco
3 biji telur

Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn A ke dlm bahan B dan gaul rata
Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah atau sehingga masak.
Guna loyang 8x8

Topping mudah tapi sedap
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn air (guna susu cair or segar pun boleh)
1/2 cwn tpg jagung
2 sudu besar majerin/ butter

Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila dah siap, sejukkan sebentar dan sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.


Ini budak tecik yang mamam kek mama sampai comot..
Sampai dalam lubang hidung pun nak masuk kek ;p

24 Mac 2012

Cantik Nyer Buttercream Roses

Ni garagara tengok si nano ni post kat fb dia buat buttercream roses kat cake..cantik sangat..
Terus la aku google cari..tapi tak jumpa lak u tube dia buat roses kat cake..roses lain ado arr..
Tak apa nanti aku cari lagi..nak tengok la cara nyer..

picca from google
Nano buat macam ni pulak..color campurcampur..cantik ni..



picca from google
Tengok betapa cantik nyer kejadian roses ni..
Aduiii..geram aku tengok la na ooii..


Tak pun try yang ni nano..lain sikit..

Semua nyer suruh nano yang try..
Aku ni bila nak try..nanti aku pun nak try gak arr..
Tapi bila tahun tak tau la...hehehe..

Sebelum nak buat tu kena senaman tangan dulu arr..
Kasi rengang dulu otototot tangan ni..ni keras jo..kang jadi bunga kayu lak..
Tak pun silap hari bulan tergeliat tangan aku kang..

Kalau jadi aku buat ni gempak arr..
Mahu laki aku pun terpegun..
Pastu nanti beday papa or anniversary aku buat cake hiasan ni je..

Caiyok..caiyok...


#tibatiba terus tukar background gambar roses..aku lak yang over na#

Marble Cake Again

Last cuti hari tu..hari selasa aku membaking lak..cari resepi yang simple sudah..
Sehari sebelum nyer buat agaragar..
Cuti duduk rumah je kan..so moh ler layan anak tekak sambil layan anak;p


Marble Cake

Bahan-bahan:-

1 cawan mentega/margerin
2 biji telur
1 cawan gula - ana kurangkan sikit
2 cawan tepung (nk pakai tepung biasa blh, self raising blh atau tpg biasa tambah bp pun blh)
pewarna dan perasa ikut suka - ana pakai perwarna biru,kuning dan coklat.perisa tak ada lor.


Cara cara:

Putar mentega bersama gula sampai kembang
Kemudian masukkan telur satu persatu
Lepas tu bolehlah masukkan tepung
Bahagikan adunan kepada 3 bekas. Setiap satu letakkan pewarna dan perasa yang digemari.
Lengserkan loyang dengan margerin. Letak adunan sesudu demi sesudu berselang..
Kemudian blh dibakar pada suhu 170 darjah selama 30-40 minit.

Dah siap terus post kat fb..sekali bff, nak datang makan pulak..
Benda ada, so sila la datang..


Ni la 2 orang mak buyong yang nak makan kek..Wani (baju hitam) dan lily (baju hijau)....
"Nasib uols pregy tau.."
Yang baju hijau tu la hari tu aku buat chocolate moist untuk dia...dia memang hantu kek pun.
Ko bagi sebiji pun dia boleh habis tau..
Siap cakap kalau buat kek bagi tahu..siot je koorang ye ;p

23 Mac 2012

Mari Menulis

Alhamdulillah..aryan kembali sihat seperti sedia kala..
Cuma kaki dia je yang belum baik lagi..
Tapi dah kering yang merahmerah tu..
Dan dia dah nak tido kat bilik atas katil dia sendiri..
Syukur sangatsangat..

Ni pic sebelum dia sakit hari tu..
Dia sibuk tengok abg udin buat keje sekolah dia pun nak menulis gak..
Bagi la buku dan pensil..



Nasib baik dia pegang pensil dan menulis tangan kanan..
Kalau kidal ikut aku la tu..
Kemain kusyuk menulis..


Macammacam aksi dia menulis..
Dah penat duduk dia meniarap pulak..
Tapi kena perhatikan je dia pegang pensil..takut tercucuk mata..
Tapi paling geram dia hisap hujung pensil tu..eerrgggghh..
Semua benda kamu nak masuk mulut la dik..

Mama harap nanti aryan belajar pandaipandai ye..


#picca gelap sebab guna hp je..pastu ni waktu malam or waktu mendung..lupa lar..#

22 Mac 2012

Harap Maaf

Pe dah jadi dengan blog aku ni...
Aaaaarrrggg..nak jadi hulk aku rase..

Tu arr,gatal sangat nak tukar background..
Pastu dah tukar,tak berkenan..tukar lagi..tak berkenan..tukar lagi..
Sudah nyer aku buat yang biasa..nak guna ambil yang lama balik..tak tau kat mane dah..

Sapasapa yang pening or sakit kepala tengok aku punya blog,harap maaf la yee..
Akan diperbaharuhi secepat mungkin..


#or ada sapasapa baik hati nak tolong cantikkan aku punya blog ka..yang simple sudah ;p#
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Agar-agar Kiwi


Kali aku buat agar-agar kiwi lak..
Seperti yang sebelum ni aku nak buat..
Cuma beza aku pakai agar-agar tak pakai jelly..
Jelly nan ado kat kedai runcit tu..
Boleh la, asal color nyer putih jernih yang aku nak..



Resepi asal aku tengok kat blog MasamManis ni...
Bahan-bahan yg diperlukan pun tak banyak. Aku yang sonangsonang ni aku suka..
Kita just sukatan yg di berikan pada peket agaragar/jelly segera tu. Tapi agaragar/jelly kiwi ni dilapis dengan susu. Oleh tu dalam sukatan agaragar tu kata 1400 ml air, jadi aku hanya letak 1000 ml air dan 400 ml lagi letak susu cair.

Mula-mula kiwi tu aku susun dalam loyang..nak cantik dalam gelas macam kak ita ni buat...
Aku nan ado gelas macam tu..so ko pakai je la loyang ye ana...
Pas tu masak agaragar/jelly segera dgn 1000 ml air dan gula. Biar ia didih dan gula dan agaagar/jelly larut. Pas tu tuangkan separuh adunan yg jernih ni tadi kat dalam loyang yg kita dah letak kiwi tadi.
Agaragar/jelly yg selebihnya tadi kita tambahkan pula susu cair. Kacau rata.
Bila agak2 agaragar/jelly yg dalam loyang tadi dah mengeras tuangkan pula lapisan susu. Biar ia sejuk dulu, pas tu simpan dalam peti ais.

Makan waktu tengah panas memang marbellas.
My niece Ismahani suka sangat..dia makan tak ingat nyer..
Siap suruh maklang dia buat lagi..
My sis, along kata lepas ni tukar pakai buah peach pulak na..
Cadangan yang menarik..
Nanti kite kasi tukar..
T________T

19 Mac 2012

Penyakit HMFD @ Penyakit Kaki,Tangan Dan Mulut

Hari ini aku masih cuti..dan besok juga..
Ini 2 hari last yang tinggal cuti tahun lepas..
Dan bernasib baik aku cuti sebab aryan tidak sihat..
Kisah nyer aryan start demam hari khamis..masa tengah siapsiap nak pergi keje..aryan nangis je..sekali atuk nyer cakap badan aryan dah start panas..
Aku tak boleh nak el sebab hari isnin,selasa dan rabu kan aku cuti.
So anta je la aryan kat umah bs dia..aku bekalkan ubat..
Hari jumaat papa el..jaga aryan..
Hari sabtu aku dah perasan ade gatalgatal merah kat kaki dia..
Petang tu aku tengok dah gelembung kat merah tu..macam de nanah ke petah..
Aku dah syak dah ni..
Tunggu papa balik keje nak bawa pergi klinik..
Sekali papa balik malam..kata nyer tengah banyak keje..
So hari ahad a.k.a semalam baru dapat bawa g klinik itu pun petang selepas papa balik keje..
Ahad banyak lak klinik tutup.
Last pergi Klinik Dr Sharifah Zubaidah..
Tapi doc lain..doc lelaki bangsa india..
Lepas aku tunjuk kaki aryan kat dia.
Doc macam mengeluh..aku dah rasa lain..kat muka aryan pun dah naik bijibiji merah tu..
Aku terus tanya doc "ini penyakit kaki,tangan dan mulut ke doctor?"
Doc tu jawab "eeemm.." sambil angguk dengan muka lain macam..
Tepat sangkaan aku..aku dan papa saling berpandangan..
Papa tanya doc "kena bawa pergi hospital k?"
Doc kata "tak perlu la..makan je ubat ni semua..kalau dalam seminggu tak elok datang balik kite akan chek darah"
Lepas balik klinik risau sangatsangat aku..walaupun kata nyer tak bahaya..tapi aku takut.
Elok pulak malam tadi keluar kat berita pasal penyakit ni yang tengah melanda sarawak..
Kata nyer "kanakkanak yang mempunyai simpton kaki,tangan dan mulut perlu dikuanrentinkan"
Nasib baik aku cuti ni..dan nasib baik aryan buka duduk nursery..kalau tak haru jadi nyer..
Dan hari ini aryan tak merengek dah.
Dah mahu bermain..tapi dia aku pakaikan stoking sebab dia akan leka kopek merahmerah tu..tension aku..
Kang kopek nanti berjangkit la kat tempat lain..aduhh..
Tapi masalah nyer start dia demam, hari jumaat malam sampai malam tadi..
Dia tak nak tido kat babycot dia..bila kite angkat dalam tu,selepas sejam dia akan jaga dan menangis teresakesak..
Sudah nyer bawa turun tido dalam buai..
Jumaat dan sabtu malam..dia teruk..merengek je..tido pun tak lena.
Aku pun 2 malam tak dapat tido..pukul 7 pagi baru dapat tido..
Malam tadi kureng sikit merengek..tapi still tak nak tido kat katil dia..
Sakit dah badan mama dan papa ni tido kat toto nipis..
Pe yang aku harap kan dia cepat sembuh dari penyakit ni dan back to normal..
Rindu sangatsangat gelak tawa dia tu..eeemm..
Meh aku share sikit info yang aku dapat pasal penyakit ni..
Definisi dan Penyebab
HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.
HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.
HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.

Cara jangkitan
HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Gejala Penyakit
HFMD datang dengan tumbuh ruam lepuh di tangan dan tapak tangan(macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.
Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.
Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.
Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-
. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan

Perawatan HFMD.
HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.
Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.
ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.
Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.
Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.
Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.

Elakkan Jangkitan!
Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.
Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.
Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Jangan Panik
Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.
Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

17 Mac 2012

Puding Honey Dew Wif Kiwi

Kali ni mempersempahkan puding pulak..
Puding ni aku buat time aku cuti lama tu..
Hari isnin hari tu..

Sebenar nyer aku nak buat lain..
Dah beli bahanbahan pun..
Cuma tersalah beli puding segera..
Sepatut nyer dia pakai jelly segera..


Aku tersilap beli puding segera yang ini..
Aku beli flavor honey dew..
Teruskan je la buat walaupun nak buat nyer lain..


Ini la hasil nyer puding honey dew wif kiwi..

Koorang ikut je la caracara kat belakang kotak tu..
Just tambah air je..then masak sampai larut..
Pastu masuk acuan or loyang..simpan dalam peti ais...
Sudah keras siap di hidang..

Next time try jelly kiwi yang aku nak buat tu..
Kena beli jelly segera tu dulu..
Jangan tersilap lagi sudah..

16 Mac 2012

Miss Sumone..

Rindu sangatsangat dengan sumone..
Dah lost contact dengan dia..
Tak tau nak cari kat mana..



Rindu dengan x-opismate aku a.k.a pengapit aku time aku kawen dulu..
Wati nama nyer..
Masa kat opis lama di puchong..dia la yang gam gamtoi dengan aku..
Kira satu kepala arr..
Tapi dia lagi gilagila..hehehe..

Semenjak dua menjak ni makin rasa rindu kat dia..
Aku cari picca lama masa kat opis dulu..
Sume picca tu tak ada dalam pendrive aku..
Try buka friendster..lupa pulak aku dah delete sume picca dalam friendster tu..
Frust ok..banyak picca aku dengan dia dulu..
Ruparupa nyer tanda aku akan berjumpa dengan dia..


Hari ini dia sms aku..hapy giler aku dapat contact dia balik..rasa nak lompatlompat je tadi..
Dia dapat no tel aku dari kakak yang masih keje kat sana..
Dia kata hp dan simcard dia rosak..semua hilang.
Aku ingat aku sorang je rindu kat dia..
Rupa nyer dia pun same..rindu giler kat aku..
Aduh..dah jejak kasihan rupa nyer..
Dia kata kalau tak jumpa juga no tel aku..dia nak datang rumah aku a.k.a mak aku..
Nasib baik jumpa kan..

Then bertukar no tel dan bbm..
Pe lagi hari ni berbbm saje aku dengan dia..
Banyak cete nak dicetekan..
Nak dengar dia nak berkawen bulan 5 ini..
Alhamdulillah..ingat nak jadi anak dara tua..

Insyaallah nanti kite akan berjumpa beb..
Aryan pun nak kenal dengan aunty wati ni..
T__________T

Chatime Again..

Asyik tengok orang minum air chatime ni je..then ramai puji kata air tu sedap..
So search la haku nak tengok kat mana ade..
Merata dah dia ada..kebanyakan kat shopping mall ada..

Ni kali ke 2 aku minum air ni..
Time ni masa redah masuk pyramid..
Nak dijadikan cerita biasa la bawa aryan pusingpusing pergi shah alam..
Then otw nak balik rumah ikut depan pyramid..tibatiba papa tanya "nak masuk pyramid tak ?"
Aku pun laju je jawab "boleh gak"
Dah masuk parking baru pikir..dengan dressup entah apaapa..
Mekap pun tidak..
Handbag pun tak bawa..
Rendah je lar..
Sudah nyer terkepitkepit aku botol susu dengan purse..
Coiii..


Chatime ni banyak flavor..ko pilih la ikut tekak ko..
Then boleh letak topping dia..
Topping dia pun macammacam ada..pearl ada, jelly ada, agaragar ada..

Yang aku minum ni Chocolate Hazelnut Milk Tea..Topping aku pilih Pearl..yang bijibiji hitam tu..
Regular + topping - RM5.90
Large + topping - RM6.90


"Tangan siapakah itu yang ingin merampas air dari beta"
" ƗƗɐƗƗɐ...ƗƗɐƗƗɐ...ƗƗɐƗƗɐ "



Budak tecik ni yang over minum dari mama dia tau..
Dah berebut aku dua beranak..
Tengok dia minum beria..


Papa pun dapat minum 2,3 sedut je..
Lebih nyer layan budak tecik tu minum..

Serius air nyer marbellas..di tambah dengan topping nyer lagi..sedap sey..



#ada lagi 1 air aku nak try..tapi hanya ada di KL jo..cit#

15 Mac 2012

Shopping Ke??


Dah lama rasa nyer tak shopping 2,3 barang macam ni..
Biasa la dah ada anak..harus anak diutamakan..
Tapi lagi kesian kat papa..dia lagi lama tak shopping..

Tak apa, ahad lepas masuk pyramid ada sale..giler aku tengok sale dia..
Papa kata hujung bulan ni shopping..
Banyak benda nak beli ni kata nyer..
+______O

Ni hujung bulan 2 hari tu aku shopping..
Dapat la maxi skirts, dress, handbag dan kasut..
Walaupun tu semua tak berjenama dan murah jee..aku puas hati la..apa yang aku nak dah dapat..
Cuma dress tu sebelum ni aku tengok RM55 kat shop lain la..kat tempat yang sama..
Then aku pergi balik next week shop tu dah tak ada..ada 1 shop jual dress macam tu gak..tapi rege nyer mahal sikit RM69..so nak tak nak memang aku beli gak la..
Lagi pun aku dah letak kat badan, dress tu tak senteng..kira labuh gak la..so aku rembatkan saje..harus tutup mata..

Tak berkesempatan lagi nak pakai dan guna barang yang aku beli tu lagi..
Tunggu waktu dan tempat yang sesuai baru aku pakai..
So simpan dulu dalam almari..
Atau tunggu hujung bulan ni pakai sekali yang akan dishopping nanti..
~_____+

Chocolate Cake Moist

Kembali berkerja..tapi hari 1/2 day je..
So cepatcepat update blog..
Berderet n3 nak di publishkan..

Ini cerita hari sabtu hari tu membaking kek..
Menunaikan keiginan mak buyong nak makan chocolate cake moist..

So buat la untuk dia..kek ni kukus sebab nak rasa moist nyer..
5 pcs itu untuk I je..yang besar tu untuk u mak buyong..


Chocolate Cake Moist


From: Nano
By: Ana

Resepinya:
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko 
1 sudu teh baking pwder
1 sudu teh soda bikarbonat

2 biji telur gred A
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat *Ana pakai susu segar)
1 cwn minyak masak - nak sedap lagi gunalah minyak mazola

1 cwn air panas

Caranya:
Pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati. (tak pakai guna mixer)
Masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi.
Last sekali, masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
Adunan siap sedia dikukus. kukus selama 1 jam.
Balut tudung pengukus & kukus dengan api sederhana kecil...

Untuk topping:
2 sudu marjerin
3 sudu besar susu cair @ air panas
1/2 cwn serbuk koko
4 sudu besar susu pekat

12 Mac 2012

Home Sweet Home

Assalammuailaikum peeps..

Saya bersiaran dari rumah ni..sambil berbaring +____O
Mood bercuti lagi untuk hari ini..esok dan lusa masih bercuti..cuma lusa 1/2 day je..
Menghabiskan cuti tahun lepas yang masih berbaki..

Kan best kalau papa cuti gak..
Memang heaven lar :)

So cuti tak ada kemana..
Just lepaklepak kat rumah bersama my cheeky son..
Kalau rajin membaking la nanti..
Kalau malas makan baring je lar..nak tido kena tunggu kecik tu tido dulu baru boleh tido sekali..

So pada yang berkerja, selamat berkerja ye..
+_______+
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

10 Mac 2012

Rasa Macam Nak Makan _ _ _ _


Ni kejadian malam tadi..
Tibatiba rasa nak makan tuti futi lak..
Papa pun tak ada ot lewat sangat ..pukul 8 lebih dah sampai rumah..
Terus rasa ok nak makan malam ni gak..

Pukul 9 lebih gerak pergi shah alam...
Pusingpusing pastu singgah tuti futi tempat biasa makan tu..
Mana lagi laman seri sek 13 lor..
Pukul 10 lebih sampai sana...
Tak risau pun sebab tuti futi ni tutup pukul 12 malam..
Pukul 10 keluar rumah pun sempat nak pergi makan lagi..

Semalam pandai aku budget isi dalam cup tu..
Semalam just kena RM12 berapa sen tah..
Yogurt dia aku isi banyak..isi topping tu aku letak sikit je..
Puas juga makan..

Si kecik tu nak orang suapkan dah..
Nak makan sendiri..tengok habis baju kotor..
Atas meja tu tak tengok lagi..dah la kerusi meja orang tu color putih..
Habis tukar color dikejakan oleh aryan..
Puas hati dapat makan ;p

9 Mac 2012

Selamat Hari Wanita ~ Happy Women's Day


Happy Women's Day or Selamat Hari Wanita to all women in da world...
Kerana dirimu begitu berharga...
T________________T



Today is my day..
I proud be a women..
>__________<

8 Mac 2012

Souvenir From Vietnam


Hari ini dapat souvenir dari my bff a.k.a Azlen..
Dapat beg kecil dari vietnam..
Dia baru balik holiday dari sana..


Eh..baru perasan same color dengan baju my bb lak..
Pandai I pilih ;p

Thanx beb..I like...

Wordless Wednesday 070312 : Budak Tecik Berambut Tak Berapa Nak Pacak

7 Mac 2012

Pengemar Dan Pembuat Cake Chocolate Tegar

Chocolate...chocolate....chocolate...

Betul arr aku ni pengemar cake chocolate...
Dan pembuat tegar cake chocolate..
+____________+



Tiaptiap bulan buat cake chocolate pun tak apa..
Aku tak jemu pun...
If rumah aku anakanak buah tak datang..
Aku buat dan sedekah kat jiran tetangga..
So tak ada membazir pun..

Pastu paling suka nak hias menghias...
Walaupun tak pandai..tapi try juga nak hias..
Naknak kalau ada strawberry..
Cake chocolate + strawberry = memang sesuai la kan..

Walaupun banyak kali kite buat kadangkadang ada gak yang menghampakan..
Contoh macam cake tu merekah kat atas..kadang tak naik cantik la..
Tapi aku selalu kena cake tu merekah la kat permukaan dia..
Oven cinonetkan..pastu api atas bawah tak boleh adjust..
So ko pandaipandai la..
Tapi bila kejadian cake tu cantik..tak ada merekah..naik cantik..
Suka sangat la aku..rasa nak melompat..
Tak apa ada rezeki nanti beli oven yang besar sikit ye..



This week insyaallah akan buat cake chocolate moist lak..
Permintaan mak buyong a.k.a bff aku..
Teringin nak makan cake moist kata nyer then suruh aku buat..
Bekas pun dah beli..
"Tunggu ye mak buyong kedatangan cake chocolate moist u tu.."

Tapi ada 2 jenis cake yang memang lama aku teringin nak buat..
Resepi pun dah lama tersimpan tu..
Tapi tak berkesempatan lagi nak buat..
Adooiiii...


picca from nano

1- Caremal Cake
Yang ni nak buat kena pikir sebab oven aku kan kecik..cake ni dia akan naik tinggi..
Aku risau nanti atas dia akan naik tinggi then kena besi panas tu..
Nanti rentung lak atas dia..
Tak apa nanti try buat 1/2 adunan je..may be tak naik sangat kot..
If naik juga sampai besi panas tu redha je la ye..


picca from nano


2- Red Velvet Cake
Cake ni disebabkan bahanbahan dia tu..
Banyak beno dan payah beno..
Kena pergi kedai bakery baru ada...kedaikedai biasa ni tak ada..
Insyaallah akan cuba juga satu hari nanti..
*satu hari tu tak tau la bila taun depan k ;p

#Picca caremal cake dan red velvet dari blog nano...pinjam sat je na#