23 Mei 2012

Puding Kastard Cocktail in d houz...

Ni cerita hari sabtu hari tu..
Disebabkan cuaca sekarang musim panas..
So tekak pun mengadangada nak makan benda sejuksejuk..
Macam tuti futi k, ABC kat iceroom k, puding kastard k...
Tak pun dapat minum air chatime k...
Tapi disebabkan papa kerja sabtu balik malam..
So kena buat je la sendiri..

Puding Kastard

Tengok apa yang ada kat dapur..
Sekali tengok resepi puding kastard, bahanbahan semua ada..
Hanya untuk cocktail berkuah je tak ada bahan..
Susu cair dengan fruit cocktail je..tak apa buat kastard dulu..
Dalam pukul 2 petang macam tu abah nak pergi beli barang kat speed mart 99..
So aku kirim la susu cair dan fruit cocktail..

Done..puding kastard cocktail..

Puding Kastard Cocktail

Kredit : Ct Delima
By: Ana

Bahan-bahan puding:
1 cawan tepung custard
4 cawan air
1/2 cawan gula 

Cara-cara:
- Campurkan kesemua sekali dan dimasak diatas api yg sederhana dan dikacau sampai pekat dan likat.
- Setelah pekat dan likat,masukkan kedalam acuan yang berbentuk supaya senang dimakan.
- sejukkan didalam peti ais hingga beku dan keluarkan dari acuannya.
- dihidangkan bersama fruit cocktail dan kuahnya.

Kuah:
1 tin susu cair
1 tin fruit cocktail
1 cawan air masak
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
- Campurkan kesemua bahan2 dan jerangkan diatas api sehingga gula larut dan biarkan sejuk dahulu kemudian sejukkan kedalam peti ais.

Nyaman nyer masuk tekak dalam cuaca panas ni..peeerrgg, terbaikk arr..

#boleh masuk list menu untuk beday aryan ni sebagai dessert#

2 ulasan:

  1. pehh sedap ni. kite suka puding kastad koktel ni. tp kite punye resepi lain sikit. boleh try yg ini pulak next time.

    BalasPadam
  2. Wah!! Sedap di mkn time panas2 ni..terasa sejuk jer lalu kat anak tekak ni.

    BalasPadam