28 Sep 2012

Supplement

Adalah penting bagi ibu untuk mendapat pemakan yang seimbang semasa mengandung. Ini termasuklah dengan memakan buah-buahan, sayuran, bijiran wholegrain, kekacang . Kurangkan memakan makanan yang terlalu masin dan manis, makanan berlemak,dan makanan segera.

Walaubagaimanapun, apabila ibu mengalami masalah alahan, muntah-muntah semasa mengandung, adalah sukar untuk mendapat khasiat dari pemakanan sahaja, jadi mengambil vitamin tambahan adalah disarankan.

Secara keseluruhannya,multi vitamin yang baik untuk wanita hamil haruslah mengandungi cukup asid folik, zat besi dan calcium. Asid folik atau vitamin B terdapat dengan banyak dalam makanan seperti kekacang, sayuran hijau, dan makanan bijirin. Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.
Zat besi juga merupakan galian yang penting kerana semasa mengandung, badan kita akan membuat lebih sel-sel darah untuk mempastikan oksigen yang cukup untuk bayi, tetapi zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah bayi kita. Penyakit anemia (kurang darah) senang terjadi dikalangan mereka yang kerap mengandung dan ia disebabkan oleh kekurangan zat besi kebanyakkannya. Pastikan anda mengetahui tahap hemoglobin anda sebaik sahaja anda hamil.
Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama  selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tungjang (spina bifida).
......................................................................................................................


So pregnant kali ini, aku masih ambil vitamin yang wajib diambil..dan ada tambahan juga..

Folic Acid


Calcium




Saferon - untuk tambah darah






Milk Strawbery



Yogurt Drink




Mesti sume ibu nak yang terbaik untuk baby dalam kandungankan..
Me to....

26 Sep 2012

2Y2M

Sekejap je Putera Myrza Aryan 2years 2months....

22 Sep 2012

Dinner at A&W

Salam Jumaat...

I'm coming back...i'm coming back!!!!!
Deret this week ada entry baru je..mood suda kembali ke, hope so..

Ni cete masa cuti 3 hari baru ni..
Petang tu bawa aryan pergi mainmain kat padang shah alam..rasa dah lama tak bagi dia lepas kat padang tu...
Selalu lalu je, tak sempat singgah..dia bila lalu je tunjuk padang nak turun la..pastu weols tak stop melalak la dalam kete..puas la pujuk..
So hari isnin sempena cuti hari malaysia bawa la dia main kat padang ni..
Ikutkan papa nak ajak g wet world pada hari ahad..tapi ada program lain hari ahad hari tu..bawa my family g beraya kat sungai buloh so tak jadi la..lain kali je la kite pergi ye pa..



Dah nak magrib weols gerak la balik then dalam pukul 8 malam singgah A&W dinner jap..
Ni 1st time aryan makan a&w..
Selalu mcd  kfc jee..
Tu pun tiap kali lalu depan mcd or kfc, mesti kata nak..padahal semalam baru makan ni..
Tapi bila lalu a&w, dia just pandang sampai telengteleng kepala..




Nasib baik malam tu dia elok je makan..tak mau turun bawah nak lari sana sini..
Dapat la makan dengan tenang gak..




Over mak buyong ni makan tau..burger lagi..waffle wif icecream lagi ;p
Papa saje je snap picca time tengah ngap...mak tak kisah, mak ngap je..hihihi



Budak ni tengok mata dia..
Dia bila kena marah je, dia akan buat mata macam ni sebelum nak nangis..
Pastu sekarang my family suka ajuk dia buat mata macam tu..
Bila panggil je dia "aryan buat mata marah" nanti dia buat la macam picca tu..hahahah

Time ni dia dah berdiri atas kerusi..siap joget bagai..
Goyanggoyang kan bontot la..
Cina kat belakang aryan tu gelak tengok gelagat aryan..
Malu mama tau ;p



Macammacam la aryan ni..
Dah big boy sayang mama papa ni..ye la dah nak jadi abangkan..
Mama papa sayanggg abang aryan...

21 Sep 2012

Short Holiday - Melaka

Cuti panjang 3 hari tu..papa pun cuti sekali start sabtu - isnin..
Suka mak tau..then tibatiba petang jumaat papa kata esok jom pergi zoo melaka nak tak..
Aku suka jee..pikir tak jauh sangat ok la kot..jauhjauh leceh gak..

Bertolak la kami dalam pukul 10 lebih..biasa la kat area nilai sampai seremban jee jemm..
Sampai melaka dah tengahari..dah la waktu ut panas giler..rasa matahari atas kepala jee..






Suka la aryan dapat bebas..boleh dia berlari ke sana ke mari..
Sampai tersungkur la..aisshh..
Dapat tengok macammacam animals..siap bunyibunyi lagi...


Time ni dia dah penat tawaf zoo..siap mintak susu dah..
Pastu bawa dia tengok orang naik horse..
Tengok leka dia sambil hisap susu..



Yang ini suruh dia rest jap..tapi mana dia tau duduk diam..nak turun gak la ke sana ke mari..
Masa ni tunggu papa beli tiket jap nak naik horse..
Nasib baik mama pregy dan pakai dress..kalau tak mama pun nak naik gak..kuikuikui..



Tengok muka aryan..muka cuak dan takut..hahahah
Gelak mama tengok muka aryan masa ni..
Nasib baik tak nangis..kalau tak naya jaa..



Ni dah ok..walaupun macam keras sikit kat atas horse tu..
Tapi bila dah turun, berani lak nak usik horse tu..bila kepala horse tu pusing je kat dia, kelam kabut lari..hahahaha
Lawak ar aryan ni..

Weols tak pusing habis pun zoo melaka tu..
Besar sangat zoo tu, tak larat la mak aii nak tawaf sume...tu pun dah mengah aku di buat nyer..

Pastu papa ajak lunch dulu..
Biasa ar papa kalau dah datang melaka ni..cari asam pedas je la..
weols makan tak jauh sangat la dari zoo no..
De banyak deret kedai makan...pilih la nak makan yang mana..




Aryan tu pun dah penat dia..bagi makan nasib nak makan..
Walaupun tak banyak dia makan boleh laaa..
Minum air banyak..cuaca panaskan..haus la..
Papa hantu asam pedas...huuuh..



Asam pedas dia terbaik arr...
Pedas giler weyy..papa makan sampai berpeluhpeluh..macam lari satu padang..
Aku biasa ar mana tahan pedaspedas ni..makan bersulamkan air ko..
Pastu peluh, hingus sume nak meleleh tahan pedas..

Dah settle lunch weols pergi taman buaya lak..
Ikutkan papa dah nak balik sebab panas sangat..
Tapi aku kata singgah la kejap taman buaya, alangalang dah sampai sini..
Papa ok jee..




Suka aryan....



Tengok dia dah lenjun dengan peluh...
Rambut dah basah dek peluh..



Time ni memang dia dah penat sangat plus dah ngantuk..
Kesian dah mama dan papa tengok..
Terus la ajak papa balik..


Ni otw nak kuar dari, aryan takut replika buaya tu..
Dia sebut "eeeekkk" hahahah..


Masa nak ke kete nampak gerai depan taman buaya ni jual coconut shake..
Ikutkan mang teringin coconut shake klebang..tapi macam tak sempat nak pergi jee..
Terus suruh papa beli satu yang ini..
Jadi la, dapat gak rasa..sedapp...



Keluar je dari ayer keroh singgah kejap kat r&r ayeh keroh..
Lap badan aryan denga kain basah..tukar baju, seluar dan dryper dia..
Bagi dia selesa sikit nak tido..otw balik terus zazzzzz tido sampai la kat rumah dalam pukul 6.30 ptg..
Angkat dia sambung lagi tido sampai pukul 8 malam..
Penat sangatsangat la dia tu sehari suntuk jalan..
Pe pun enjoy dapat habiskan masa bersama my lovely familia..


Kpop Vrs Komando


Aryan versi kpop vrs komando....

Kpop versi serabai sebab tak nak potong rambut...bila potong rambut je melalak macam kena pukul..aku pun tak tau la dia ni..

Komando versi tepi rambut memang nipis giler plus tobek..sebab bila mesin bunyi dia dah start melalak papa cakap..
Sudah nyer papa suruh orang tu buat cepatcepat..itu la hasil nyer, tobek rambut anak aku..
Tak apa la, nanti rambut dia cepat panjang..aku pun suruh potong pendek, pakai mesin je..
Tapi sempat papa ko suruh jangan potong yang bahagian tengah, atas rambut..
Nak buat rambut pacak lettew...
Ni dah pendek, ok aku tengok..kalau tak rimas aku dengan rambut panjang dia tu..

20 Sep 2012

16 Weeks

Assalammualaikum peeps...

Hari ini dalam keadaan tidak sihat la..
Semalam mc, hari baru start keje for this week..
Demam selsema..petang batuk lak datang..huhuhuh..
Semalam 1 hari suntuk aku melepek je..betulbetul lemah longlai aku dibuatnyer..
Aryan pun tak terlayan aku..sekejap anak buah aku layan, sekejap kang abah layan..pastu petang along balik, long lak layan..pastu dia buat sepah mainan dia ma tolong kemas..
Thanx la to my family yee..

Dalam keadaan baru permulaan pregy ni, tak semua ubat boleh telan..
Doc tak syiorkan sebab takut efec kat baby..so aku pun takutkan..
Yang paling tak tahan, batuk..pas batuk dia naik kat kepala..sakit ko..pastu mengah macam ko lari satu padang lepas batuk tu..ni pun suara dah lain je..
Nak buat macam mana, dugaan ibu mengandung..so tahan je la ni..

Hari ini kalau ikut kiraan doc, dah 16 weeks aku pregy..
Tapi kalau ikut lepas seminggu period, 15 weeks..
Tak kisah la +- 1 week je pun..janji baby lat dalam sihat hendak nyer..

Aku belum start chekup lagi..awal bulan ni baru nak gi..
Almaklum ar, nak chekup kat KK je..so malas nak pi awalawal..
Aryan dulu pun, 3 bulan lebih nak masuk 4 baru start chekup..
Yang ni biar 4 bulan dulu la..tapi aku gi gak chekup kat klinik swasta..
Scan dah 2x la setakat ini..ubat sume aku makan sekarang ni..
Cuma belum chek secara detail lagi la..entah berapa lak berat aku sekarang ek..
huhuhuhuh..

Meh kali ni 1st time nak tunjuk perut for 2nd pregy ni..
Ni picca hari sabtu baru ni..pi jalanjalan...
Kalau ikutkan time ni lebih kureng 15w laa..



Picca dari sisi dan dari atas..kuikuikui...
Aku rasa perut aku kali ni macam cepat besar jee..
Ni belum makan lagi...kalau lepas makan dah macam 6m aku tengok..hihihi..

Meh tengok full body lak..ahakkkkss



Comey nyer perut tu aku tengok..hahahah..
Pregy kali ni suka lak pakai dress..time aryan dulu nan ado...
Ni pun rasa nak beli lagi..2,3 dress...selesa sikit..hihih..
Tu je la cete pregy untuk kali ini..

Ok la, badan tak sihat..nak bebel panjangpajang pun tak ada mood..
Taaaaa............



15 Sep 2012

'Simpul Mengkarung'

Salam Jumaat uols..

Uols pernah kena tak simpul mengkarung @ kaki kejang masa tido/bangun tido?
Lebihlebih lagi pada ibu mengandung..

Rasa nyer, mesti pernah alamikan..
Mak aii sakit nyer, tak tertahan..nak nangis dan nak jerit rasakan.

Aku pagi semalam, 1st time kena untuk 2nd pregy ni..
Masa bangun tido nak pergi keje la..konon nak luruskan kaki or mengeliat la..
Sekali ambik ko, terus kejang...Allah saje yang tau sakit nyer..rasa macam urat kaki nak putus..
Pe lagi aku cepatcepat la bengkokkan ibu jari kaki dan gerakgerak kan ibu jari kaki..
Biasa ar take time nak legakan dia balik..

Masa pregy aryan dulu..pernah kena gak macam ni..
Kali ni berhatihati gak..tapi dah nak kena, kena gak la..
So ari ni rase sakit sikitsikit kat betis tu..

Aku google la nak cari sebab apa jadi macam tu dan cara mengatasi nyer..
Meh aku share dengan uols..

................................................................................................................

Buat beberapa saat, otot betis bagai ditarik dengan tegang sehingga menimbulkan kesakitan yang amat sangat. Tetapi ia semakin reda apabila bahagian tersebut diurut seketika.

Di kalangan masyarakat Melayu gejala yang dialami, dikenali sebagai ‘simpul mengkarung’.
Biasanya ia tidak begitu diberi perhatian kerana dianggap sebagai kesakitan biasa dan tidak berbahaya.

Kejang otot biasa dilihat berlaku pada ahli sukan yang ‘mengerah’ anggota tubuh, khususnya bahagian kaki untuk ‘bekerja’ keterlaluan.

Namun serangan itu juga berlaku kepada orang biasa ketika duduk, berdiri atau baring terlalu lama pada satu kedudukan.

Ia akibat otot terasa cekang, keras dan sakit dalam satu tempoh masa tertentu.

Namun, jika kekejangan tersebut dibiarkan tanpa dilakukan urutan, ia mengambil masa lebih lama untuk kembali kepada asal dan boleh membahayakan terutamanya jika serangan berlaku ketika seseorang itu sedang menyelam atau berenang.

Dr. Zubaidi Ahmad dari Kumpulan Perubatan Penawar Johor Bahru, berkata, kekejangan berlaku disebabkan pengecutan otot secara tidak terkawal yang dikenali sebagai noctunal leg cramps yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan berasa sakit.

Tegasnya, kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki atau betis sahaja malah mungkin boleh berlaku di bahagian-bahagian lain seperti paha, perut, tumit dan juga tapak kaki.

“Kekejangan ini selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan.

“Biasanya ia akan pulih dengan berehat yang akan memulihkan pengaliran darah ke otot berkenaan,” ujar Dr. Zubaidi.

Terang beliau lagi, keadaan itu sebenarnya berpunca daripada dehidrasi, kekurangan garam mineral, seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat.

Selain itu keadaan otot yang terlalu tegang serta kekurangan pengaliran darah di bahagian kaki akibat posisi yang tidak betul juga mencetuskan kekejangan.

Begitupun, teori yang lebih popular adalah keadaan keterujaan pada saraf otot-otot (neural excitability) yang terlibat, menyebabkan keadaan tersebut berlaku.

“Otot yang paling lazim dikaitkan dengan masalah kejang adalah otot di bahagian betis, Bagaimanapun ia turut berlaku di bahagian lain.

“Tidak dinafikan, keadaan ini amat sakit dan menyebabkan gangguan kepada pesakit yang kebiasaannya berlaku dengan sekelip mata,” ujarnya.

Kata Dr. Zubaidi, dalam situasi sedemikian, cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut.

Tambah beliau, keadaan berkenaan boleh juga diredakan dengan membengkokkan kaki atau betis ke arah badan.

“Pada peringkat awal semestinya ia amat menyakitkan. Namun ia akan memberi kelegaan.

“Ketika itu juga, urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.

“Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan,” ujarnya.

Bagaimanapun tegas beliau, kekejangan itu turut berlaku kepada wanita-wanita yang hamil apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang.

“Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar.

“Dalam keadaan itu, kaki yang penat membawa beban akan mudah menjadi lenguh dan menyebabkan kekejangan,” ujar Dr. Zubaidi.

Malah, tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.

Terangnya, dalam situasi sedemikian, wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama.

Sebaliknya, cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur.

Mereka juga dinasihat menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.

Selain itu pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.

Katanya lagi, tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.

Selain itu imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.


13 Sep 2012

Mari Berwangian Bersama Aryan

Kejadian sebelum nak pergi raya rumah makngah a.k.a angah (my sis)..
Sementara menunggu mama siap mari kite pakai perfume papa..


Mulamula kita ambil perfume papa dalam box..


Pastu buka penutup then hidu wangi ke tidak..
Wokey wangi so boleh kite pakai...


Kita calikan sedikit di baju...


Dan sedikit dipergelangan tangan..


Ok now kite dah wangi..
So boleh la jalanjalan beraya...muka senyum la sikti sayang..
Apa la rupa rambut kamu papa buat..dah rupa trojan mama tengok..

Ini ikut sapa la ni..tau je nak calitkan kat mana perfume tu..
Dah sah ikut papa la ni..anak papa..huuuuh..

8 Sep 2012

DIY Party Stuffs - Aryan is 2

Kali ni nak buat entry khas untuk party stuffs aryan hari tu..
Nanti apahal senang aku nak buat rujukan balik..hihih..

THEME
Rainbow color..tengok dari last year & this year ramai lak buat theme rainbow..macam cantik je..
Lagi pun anak ku tak layan kartun ni..aku pun pelik dia tak minat cete kartun..
So aryan tak ada faberat kartun..omak nyer ambil keputusan kite buat rainbow suda..

ALPHABET BANNER


Banner ni diy sendiri..ingat nak buat photo background je..nak tempah kat dayu la..tapi dah last minit, dalam 4 hari lepas raya masuk keje kena settlekan sume.. risau tak sempat pulak..
So pikir buat sendiri je la..biasabiasa sudah..aku juat design..my sis along tolong print..bab print memprint ni aku pas kat dia..opis dia print color senang sikit..opis aku ni nanti jadi isu lak..
Pastu dah siap print tolong cut dan tampal kat wall adik aku yang tolong buat..pastu dia buat penambahan dengan banner kecik "happy birthday" tu..baru aku perasan lepas majlis tu..rupa nyer banner kecik tu, banner beday aryan taun lepas..diguna pakai oleh adik aku balik..dia cut sikit apa yang patut..
Wahwah, bagus sungguh adik aku ni..
Tima kasih ye ayah su..

PINWHEELS


Kipas kecik & besar ni tak pasti aku betul ke tak name nyer pinwheels..dalam tenet tulis itu la..
Ni pun diy sendiri berpandukan mr google..
Untuk jadikan background kat banner tu..

DOOR GIFT


Door gift aku bagi coloring book..itu idea pertama selepas aku tengok beday cha (dayu) bagi notebook..
Konon aku nak buat coloring book + pencil color..pastu gatal last minit nak tukar bagi cawan + susu + garfu plastik yang macam kat ikea tu..
Pastu pergi la giant cari, sekali nan ado..dah jem kepala otak aku kehulu hilir pikir apa nak bagi..sekali bbm nurul (jamian) cakap tak ado lak cawan tu sume kat giant..pastu dia cakap try cari coloring book..ikat cantikcantik suda..thanx ye nurul..
Terus la teringat itu idea pertama aku..dah kelam kabut dengan laki aku pun dah bising sebab aryan dah tak reti duduk diam..terus stuck otak ni..
Pe lagi cepatcepat cari coloring book..pastu try cari color pencil yang bajet nyer la.nak ada jenama bajet tak cukup lak..color pencil tak ado yang dalam bajet aku, paling murah RM2.50..aku nak pakai lebih 50 kotak.tak pe la nanti ada masa lari jap k mydin..tapi tak sempat nak g cari color pencil..suda nyer dapat bagi coloring book je..harap maaf la ye..

Label door gift aku diy sendiri gak..cari kat tenet picca rainbow yang cantik..pastu pikir pe nak tulis..terus design..pastu macam biasa keje along aku tolong printkan..
Cut dan tebuk lubang, pastu ikat cantikcantik..itu je dapat buat..itu pun pagi majlis tu baru ikat sume coloring book..nasib baik ramai anak buah pastu tunang adik aku pun datang awal..so diaorang tolong settlekan..banyak tangan buat sekejap je siap..thanx ye koorang sume..

CANDY TABLE


Candy table aku buat sendiri..nak tempah mahal weeii..lari bajet nanti..
So nama pun buat sendiri..tak ado la cantik mana..jadi la..puas ati omak nyer ni dapat gak buat candy table ni walaupun ringkas jee..

LABEL FOOD


Label food ni pun diy sendiri..cuma adik aku tolong buat yang tapak color hitam tu..
Aku nak create macam lembab la pulak..so mintak adik aku tolong kaji then dia buat..bila dia tunjuk kat aku 'macam ni k kak na?' aku terus 'a'ah macam ni la..ko tolong buat 10' hahah laju je aku cakap suruh buat 10..
Label tu pun aku design simple je..pastu mintak along tolong print..cut then tampal je kat tapak hitam yang adik aku buat..done..

MUFFIN STAND


Muffin stand ni mulamula nak buat sendiri gak..berpandukan idea dayu..
Aku dah g kedai pekakasan jual bunga tu..dah angkut barangbarang nak buat stand tu..
Sekali kat kaunter tu, tauke cina tu tanya aku nak buat sirih junjung k..aku kata la tak nak buat muffin stand..terus dia cakap dia ada barang baru muffin stand la..tak sempat jual lagi..baru sampai..
Aku suruh dia pergi ambil dan pasang..tu yang picca kiri tu..sekali tanya rege murah sikit dari rege barangbarang yang aku beli tu..tak silap rm20 kot..alor lupa lak..
Terus cancel barang tadi, ambil stand ni..dia ada 2 color..yang dia pasang tu pink putih..aku ambil hitam putih..
Sekarang dah simpan elokelok.nanti boleh guna lagi untuk lain majlis..hihiih

MUFFIN TOPPER


Muffin topper pun aku diy sendiri..simple je kan jadi la..aku pakai background yang same dengan label door gift dan label food tu..senang, jadi mudah keje sikit..
Itu pun nanti bukan boleh makan pun..hahahah..nak bagi muffin tu menarik je..dan nak bagi dalam picca cantik je..
So kite buat simple suda..

Muffin rainbow tu kakak aku angah tolong buat..ingat aku nak buat sendiri..tapi tak cukup masa dan tak larat la pulak sume benda aku nak buat..
So aku pas job ni kat angah lak..tima kasih ye angah..

PHOTO PROP


Photo prop ni pun diy sendiri..berbakat juga ye aku..wakakaka..dah save duit..
Kalau koorang nak koorang cari je kat mr google..nanti berlambaklambak kuar..
Koorang tinggal print, cut & tampal batang tu je..done...

Jadi la nak buat untuk bergedix je..

CAKE BUNTING


Cake bunting pun diy gak sendiri..design, print, hias batang then gantung..
Reben pun pakai reben lebih adik aku bertunang dulu..banyak penjimatan berlaku yee..
Tapi payah gak nak gantung bunting tu supaya "Aryan is" boleh hadap ke depan..
Suda nyer aku panggil adik aku tolong buatkan..

RAINBOW CAKE


Dah theme pun rainbow, harus la cake pun rainbow..
Ramai kata sedap..aku tak dapat rasa dah habis..
Tak pe la, tuan rumah tak dapat rasa, janji family dan tetamu sume dapat rasa ok..

Cake ni aku tempah kat lea oven
Ni kali k 4 aku tempah kat kak lea ni..
1st beday aryan last year pun kat dia gak..dah rase serasi lak kat kak lea ni..cewahhh..


Itu la dia yang aku dapat diy..walaupun tak cantik mana, walaupun simple tapi aku puas hati sebab sume tu aku diy sendiri...no more click on9, transfer then barang sampai..no more..
Dalam tak larat, dalam malam tu mabuk datang aku tetap buat gak..dan akhir nyer siap apa yang aku inginkan untuk beday aryan kali ini..
Syabas ana...



7 Sep 2012

Putera Myrza Aryan 2nd Beday Party + Open House

Alhamdulillah..akhir nyer berjalan lancar juga beday aryan seperti yang aku inginkan..
Aku rase lagi bagus buat last minit..macamcam aku dapat buat..sume aku buat dalam seminggu je..
Lepas raya, start keje terus zasss design ini itu..cari ini itu..dalam tak larat tu buat gak..gagahkan diri..
Dari last year nak buat macam ni..nak ada candy table la..nak ini la..nak itu la..preparation berbulan awal..lastlast hampeh je..hahaha..
So rase berbangga la kali ni sebab sume meng'diy' sendiri..clap the hand untuk diri sendiri..



Banner untuk aryan..mulamula aku lekat banner yang besar tu je..
Pastu asyik tertanggal lak kat wall ni..aku suruh adik aku tolong lekatkan balik..
Sekali lepas dia lekatkan balik, tengok ada penambahan banner kecik lak..
Thanx ye ayah su...


Suka mak kali ni sebab termakbul juge nak buat candy table ni..
Taun lepas tak sempat buat..kenapa tak sempat pun aku tak tau la...
So kali ni kite balas dendam ye..

Name pun diy sendiri so tak ada la cantik mana..
Nak tempah, mahal tau...so kite buat ikut yang termampu..
So ini la hasil nyer..


Ini sebahagian yang ada di candy table ni..
Ada muffin rainbow, candy, sweet, jelly, chocolate, lollipop, apam rainbow & photo prop..
Table tak besau, tak boleh letak banyak..macam mana nak table besau, rumah sempit lor..
Tunggu mak beli banglo yeee...wakakak..



Colouring book dan beday hat untuk doorgift..
Ambik ko, aku borong sume colouring book yang ada kat giant kelana jaya..habis...
Banyak aku beli...ada lebih..aku dah bagi kat tadika kemas sebelah rumah aku..
Tak ada la pembaziran berlaku, berguna lagi adalah..



Cake for aryan..theme is rainbow cake..
Ramai kata sedap..aku tak dapat rasa dah habis..
Nanti aku cete detail pasal kek ni ye..kat entry yang lain..



Time for cutting cake...
Tapi beday boy bad mood...uols tengok picca tu, melalak jee..
Sebab nyer tak cukup tido..bangun nyer awal, orang sibuk pun dia sibuk.
Naknak mak perantin ni buzy nak mendeko ini itu..tak terlayan la..
Sudah nyer pukul 2 macam tu nak tido..dah tersenguksenguk..
Kesian pulak, nenek pun bising suruh bagi tido kejap..
Tido la dulu beday boy..dah pukul 3 lebih kot..dah ramai tetamu..budakbudak pun dah ramai..
Terpaksa la kejut dia tido nak cutting cake..sebelum sume orang balik..
Apa lagi dah tak cukup tido, menangis je la sepanjang masa..tension mak tau..

Bagi pakai beday hat tak mo..suruh tiup lilin tak mo..nangis je..
Sudah nyer nyanyi la beday song sambil dia menangis..lantakkan la...
Bila nak tiup lilin, tengok lilin dah terpadam sendiri..tengok picca sebelah kanan yang tangan aku tunjuk lilin tu..
Aku cakap dengan aryan "tengok lilin pun dah terpadam sendiri" sume gelak uols..lawak ke der tul la..
Sudah nyer mama dia ni la potong kek bagi tetamu terus..



Beday boy...bucuk masyam mama papa ni..
Picca yang tak berbaju tu dah petang..mood pun dah okies sikit..dah nak main..
Kalau tak, dia menangis nak melekat je dengan papa..
Aku ambil pun dia tak nak dengan aku..picca aku pun tak ada dengan dia..
Nak snap sefamily pun tak boleh dah dia meragam..sabau je la..
Aryan..aryan..makin big boy kamu makin banyak hal..manjamanja nak jadi abang ye..
Mama, papa, baby sayang abang aryan :))



Ni my bff aku..diaorang datang wif family masingmasing..
Thanx ye uols..
Tapi ada sorang tak dapat menjoinkan diri sebab dalam pantang, wani..
Congrats ye wani diatas kelahiran baby gurl yang ketiga..Nur Qarirah Humairah..

Kalau berkumpul ramairamai macam ni mang havoc la jadi nyer..
Tu nasib baik wani tak ada...kalau ada bertambahtambah la pening laki masingmasing tengok perangai bini diaorg ni..hahahaha..
Ada je cete dan bahan nak gelak..kalau tak gelak sah weols ni..
So happy memanjang kalau lepak macam ni..

Than ye uols sebab datang..



Tengok kesian baby aina dibuli oleh auntyaunty dia yang gedixs..
Jadi bahan photo prop dia..nasib baik dia redha je diperlakukan sebegitu..hahahah..
Tak nangis pun..bagus aina..nanti boleh join gedix macam ibu dia..ibu dia paling gedix sekali..wakaka..



Yang ini pula blogger Norhidayu..1st time face to face tau..
Selalu borak di alam maya je..tak pun selalu bbm k, whatup k..
Bila nampak je dayu kat luar rumah terus rasa macam segan pun ado..
Tapi bila dah borakborak, satu kepala arr..so tarak hal la..
Lepas ni kalau jumpa lagi tak ado la segansegan dah..
Thanx ye dayu sebab datang..

Nurul Jamian je last minit tak dapat datang..
Blogger gak tu..tu pun selalu gak borakborak..
Tak ada rezeki lagi nak jumpa nurul..
Tak pe next time de rezeki, berjumpa gak kite nanti..



Yang ini lak geng opismate..
Picca kiri, nana family..
Picca kanan adik beradik zura dan ida family..
Nasib baik ko datang zura..kalau takjadi bahan kat opis nanti..
Start dari majlis aku bertunang, kawin, cukur jambul, 1st beday aryan sume aku jemput haram dia datang..
Kemain suruh jemput dia..nasib baik kali ni datang, walaupun tetamu terakhir pukul 8.00 malam laaa.
Bergegar tiang khemah aku dia datang..hahahaha..gurau je zura jangan sentap la..jgn nangis la..

Thanx ye uols sebab datang..


Picca atas, picca anak buah aku dengan sedara mara yang datang..
Diaorang pun nak berphoto prop gak..
Lantak la koorang..huhuhuhu



Dah tak dapat nak berposing dengan aryan dan papa..
So mama posing sorangsorang la..itu pun dah nak magrib baru terigat tak sempat nak berphoto prop gak..
Dapat la 3,4 picca untuk mama..jadi la buat kenangkenangan beday aryan dengan hasil diy mama tu..



Orang kuat disebalik tabir beday aryan + open house ni..my family..
Selain aku dan hubby..
My adik, ewan..thanx la ye sebab tolong cut n tampal beday..tolang buat label table tu & everything la..
My abah, tolong beli barangbarang yang nak dimasak..tolong ambil khemah,meja dan kerusi..siap pasang dan susun sume tu..tima kasih ye abah..
My ma, walaupun berwheel chair tapi ma masak sume tu untuk majlis ni..sambil ditolong oleh my sis's..tima kasih ma..
My sis's along (baju ijau) dan angah (picca bwh tgh-tudung itam) tolong ma masak..tolong hidang lauk pauk..tolong potong ini itu..tima kasih ye wahai my sis's tersayang..
My adik ipar, mastura..tima kasih sebab datang awal tolong apa yang patut kat umah tu..sampai malam la dia kat situ..
Dan terakhir my anak buah sume 9 orang..tima kasih sebab tolong meringankan kerjakerja mak lang dan nenek..tolong menghias doorgift..tolong menghidang dan tolong megemas siap basuh pinggan..hihih..upah mak lang dan pak lang dah bagi kan time tu..hihih
Tima kasih banyakbanyak my family...i love my family so muchhhh...

Pada tetamu yang hadir sume, my bff, my frez, sedara mara, jiran tetangga tima kasih banyakbanyak sebab memeriahkan lagi majlis ni..jika ada terkurang or terlebih mintak maaf ye..