17 Okt 2012

Puding Karemal Punya Pasal


Puding karemal punya pasal terus jadi rajin nak buat..
Ni sebab tengok orang post picca puding ni la, rasa nak makan..
Padahal bukan faberat aku ni..

Lagi pun senang je nak buat dan cari bahan..
Terus hari ahad baru ni buat..
Puas la dah dapat makan..bukan banyak mana pun nak makan..
Macammacam peel mak buyong ni..

Ni aku google la resepi dia..
Pastu ambil sikit resepi kat blog orang ni..blog orang tu..
Jadi la puding karemal aku..suka lak kali ni, sebab kejadian puding tu cantik..
Sebelum ni lubanglubang dia banyak..
@___@


Bahan-bahan :

Untuk gula hangus:-
1/2 cawan gula
1/2 cawan air 


Untuk Puding:-

4 biji telur
1 tin susu cair
3 sudu besar gula
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung

Cara Membuatnya :

1. Masak gula hangus didalam loyang hingga cair kemudian masukkan air .Kacau hingga sebati dan biarkan..
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan masukkan susu cair. 
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan pukul sebentar.
4. Tuangkan adunan telur tadi kedalam loyang gula hangus.
5. Kukus 30/40 minit hingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan