28 Feb 2013

Kami Sekeluarga Bersama Upin Ipin

Bawa aryan jumpa upin dan ipin...
Tapi bukan jumpa real or jumpa maskot upin ipin..bawa pergi opis dia kat shah alam tu..
Aryan kan hantu cete upin ipin..hihihh..



Excited sungguh bila nampak kartun upin ipin kat dinding opis tu..pot pet pot pet mulut dia..
So papa pun berhenti la, then bawa turun anak bujang dia sorang ni..
Bila dah turun suruh pi kat dinding tu nak snap picca, dia tak nak lak..takut kata nyer..
Adoii la aryan, itu lukisan je pun..


Suda nyer snap picca dari jauh je la..itu pun puas gak papa pujuk berdiri sini..duduk sana..
Eh, tibatiba picca ni nampak aryan macam dah demok pulak..hihihi..
Rambut pun dah panjang la sayang..tak handsome dah rambut macam tu..
Time ni, dia tak berapa sihat, selsema..merengek dan meragam je..makan pun tak nak..
Tu bawa pusingpusing dan tapau kfc untuk dia..

Papa pun nak gak bergambar..so sendiri snap picca dengan mail..tu mata macam lain je..kahkahka
Dua singgit..dua singgit...

Mama pun nak gak menyebok..ikutkan tak nak, sebab nanti gerun/takut tengok picca sendiri..
Tapi ni sebab nak paksa aryan berdiri dekat sikit dengan dinding..so harus gak la bergedix sekali..
Kita buat picca colorcolor sikit ye..supaya tak nampak 'besar' disitu..hahahaha
Ni dah 37w 4d...aku rase dah sana sini kembang...ayoyo...
Harapharap next week k, kuar la ye sayang mama..
Jangan bagi mama, makin mengembang lagi ;p


27 Feb 2013

Hapy Beday My Lil Bro



Hapy beday to u..
Hapy beday to u..
Hapy beday to ewan..
Hapy beday to u..

Harini beday adik bongsu aku..lelaki tunggal dalam keluarga kami..
Tengku Fazli Edzuan Bin Tengku Jaafar nama diberi.. *cewah..

Kepada adikku yang kami sayang,
Hapy beday to u..
Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki..
Ingat pe yang berlaku dalam hidup kite adalah dugaan..
Dan cepat sikit kitaorang nak makan nasi minyak ni ;p
We always luv u...

Aryan cayang ayahsu >3>3


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

26 Feb 2013

Minyak Kelapa Dara Dan Urutan Perineum

Kali ni nak cete pasal minyak kelapa dara dan urutan perineum..
Selalu beli majalah pa&ma, ada cerita pasal urutan perineum..
Masa aryan dulu, tak praktikkan pun..tapi kali ni macam nak cuba lak..


So aku beli minyak kelapa dara dari keluaran Tanamera dengan harga sebotol RM34..
Baca dalam majalah pa&ma, respon kata ok dan bagus..so tak salah aku mencuba..berkesan atau tidak belakang kira..
Janji usaha dan tawakal..

Kebanyakkan aku baca, elok buat bila dah masuk 30w..
Tapi aku buat urutan perineum menggunakan minyak kelapa dara ni masa 36w..
Tak pe la, terlewat sikit..

Minyak Kelapa Dara - Tanamera

Minyak kelapa dara adalah minyak terbaik di dunia yang berkhasiat memulihkan dan memberi perlindungan dari berbagai penyakit. Minyak kelapa dara kaya dengan asid laurik, satu struktur molekul rantaian asid lemak sederhana yang unik, berciri anti-virus, anti-bakteria dan anti kulat. Asid laurik yang sama boleh didapati dalam susu ibu sebab itulah bayi yang diberi susu ibu mempunyai sistem imun yang lebih tinggi berbanding bayi yang tidak diberi susu ibu. Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, orang dewasa disarankan minum 2 hingga 3 sudu minyak kelapa dara setiap hari. 

Minyak kelapa dara mempunyai banyak manfaat, untuk penjagaan kulit dan rambut, untuk mengawal tahap kolesterol, meningkatkan tahap imun, membaiki sistem penghadaman dan metabolisma, mengurangkan risiko sakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, kencing manis, kanser, penjagaan gigi dan untuk kekuatan tulang. Manfaat ini semua disebabkan oleh kandungan asid laurik, asid kaprik dan asid kaprilik yang terdapat dalam minyak kelapa.

Paling penting, bagi bakal-bakal ibu, minyak kelapa dara telah digunakan sejak beratus tahun sebagai penawar semulajadi untuk persediaan memudahkan proses bersalin. Penggunaan minyak kelapa dara amat disarankan bagi ibu-ibu mengandung untuk disapu dan urut pada kawasan perineum supaya kawasan tersebut lembap dan lembut, juga diminum beberapa minggu sebelum melahirkan. Langkah-langkah ini untuk membantu memudahkan proses melahirkan tanpa sebarang pengoyakkan faraj. Minyak kelapa dara juga boleh diguna untuk elak rekahan kulit dan elak sembelit. Kesannya memang menakjubkan! 

Minyak Kelapa Dara TANAMERA berkualiti tinggi kerana diproses cara tekanan. Kami sarankan bakal ibu mula guna minyak kelapa dari minggu ke30 kehamilan.

 

Berbagai Kegunaan:

 
Penggunaan semasa Mengandung:
  • Untuk elak rekahan kulit
  • Untuk mudahkan proses bersalin tanpa pengoyakkan faraj
  • Untuk elak sembelit
  Penggunaan selepas bersalin:
  • Untuk pudarkan rekahan kulit
  • Untuk melembab dan mencegah kekeringan pada puting dada
  • Untuk elak sembelit
  • Untuk urut bayi dan elak ruam lampin

Apa itu Perineum ?

Perineum tu adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur

Urutan Perineum (sumber majalah PaMa):

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.




Teknik urutan perineum:

1.  Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina.  Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar.  Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat.  Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.



25 Feb 2013

2 tahun 7 bulan



Adoiii..terlupa pulak harini 25hb..
So harini genap la aryan 2 tahun 7 bulan..tak lama lagi 3 tahun..
Kejap je rasa..rasa macam baru semalam je lahirkan dia..
Tuptup.. eh, mengandung lagi aku..kahakahakah..

Tu sebab gamak nyer dia tak sihat semalam..meragam jee..
Nak beralih bulan la kot.. *ado k dah besar pun beralih bulan? Anggap je la ado..
Aryan dah big boy..nanti adek baby kuar, jangan bulibuli baby ye..
Sayang baby tau..

Mama,papa,baby sayang abang aryan >3>3


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Agar-agar Gula Melaka


Mak yong semalam terlebih rajin lak..
Buat agar-agar gula melaka...siap ada guna loyang, ada masuk bekas kecik..
Ni sebab haritu ada makan sikit, beli kat opis..
Terus rasa macam 'eh,sedap nyer' macam tak puas lak makan..
Padahal ma (mak) de je buat..tapi makan gitu-gitu je..ni macam suka lak..
Tengok kat rumah ada gula melaka, bertambah rajin la..
So semalam adik belikan santan, papa belikan agar-agar..
Petang dalam pukul 1, papa tidokan aryan..lajulaju la aku buat..

Lagipun aryan semalam tak sihat, selsema..patut la malam tu tak tido lena dia..boleh dia bantai menangis pukul 2 pagi..tido balik pukul 4 pagi..
Bangun la lakibini ni, layan anak yang tak sihat tu..nasib pagi nyer hari ahad..masingmasing tak work..kalau tak, mata g keje rupa panda la.. 

So semalam makan la puaspuas..sambil tengok tv, sambil ngap..sambil ngap sambil tengok tv..
Kang dah beranak mana boleh makan benda sejuk dan ada telur ni..

Agar-agar Gula Melaka

Bahanbahan:

Agar2 tali - 1/2 paket yg 20gm tu
Air - 3 cawan
Santan - 1 cawan
Telur - 1 biji 'A' ( pecahkan ke dlm santan)
Nise / gula melaka - 1/2 cawan 
Gula putih - 1/4 cawan
Sehelai daun pandan
Sedikit garam

 Caracara:

- Masak agar2 dgn air hingga agar2 larut.
- Masukkan nise/ gula melaka dan gula.
- Satukan telur kedalam santan dan sedikit garam..
- Bila nise dan gula dh hancur, masukkan campuran santan dan telur tadi.
- Pastikan agar-agar sentiasa dikacau.
- Bila mendidih kali pertama, terus tutup api..
- Sejukkan dan sedia dimamam...



22 Feb 2013

Salam Jumaat


Salam jumaat sume...
Jom kite pergi sembahyang jumaat..

Yeeay harini mama kite last work..
Besok boleh la kite bangun lambat..ni harihari kite kena paksa bangun pagi tau..
Kite tak suka, nanti kalau mood kite baik, kite ok la..
Kalau mood kite tak baik, nanti kite mengamuk nangisnangis la..kadangkadang kite ngadangada nak suruh mama dukung..
Sian kat mama dengan bawa baby, kena pujuk saya lagi..kena dukung lagi..
Kan best kalau mama dapat jaga kite 24jam ;p

Nanti kite nak manja puaspuas 2 hari ni dengan mama dan papa kite..sebelum baby kuar..
Ok la, selamat berhujung minggu sume..


21 Feb 2013

BulatBulat..


Bulat kecik..bulat besar..bulat semua.. ;p

Debor..debor..debor..naknak baru tengok si blogger famous amos fillanie (kasihaleeya) tu dah lepas...
Now dah masuk 37w suda...
Bila baring payah nak duduk..bila duduk payah nak bangun..bila bangun payah nak berjalan..
Bila berjalan dah rupa kingkong..huaahuaaaa..
Tapi serius bila duduk nak bangun untuk berjalan, dia tangkap kat tut tau..sakit rasa..eemm..

Agakagak perut ku besar tak?
Ramai tegur kata besar...huhuhuh..nurse chekup pun kata besar gak..
Walawei tatut nyer..
Pepun semoga dipermudahkan nanti..amin...


19 Feb 2013

Hari Yang Penuh Dugaan..

Harini ada chekup untuk 36w 5d...
Dah nak masuk 37w suda..
Harini chekup lama giler lak..tension aku tau..

Dah la nak kejar masa masuk opis, lambat lak tu habis chekup nyer..pukul 12 lebih baru settle...huhhh..
Dah habis chekup, nak call abah suruh ambil..hp buat hal lak...habis bateri lak..
Padahal aku tengok bar bateri tu de lagi sikit..macam nak kena campak je bb ni..macam nak suruh beli hp lain je ;p
Suda nyer menapak la aku balik dari klinik ke rumah..jauh tak jauh..dekat tak dekat la..
Dah la saratsarat ni, lagi buat aku tak larat..masa menapak tu gerimis pulak..dugaan...
Sampai je rumah semput gak la plus kaki sakit..
Dah sampai rumah dengar lak ma (mak) jerit panggil udin (anak buah)..rupa nyer buat hal tak nak pergi sekolah..
Aku pun tak tahu la pe kena dengan udin ni..dah g berubat, ambil air penawar banyak tempat dah..tapi still macam tu gak..
Dah kesian tengok ma jeritjerit..aku pun pergi la pujuk udin, layan dia lak..dari mandi, pakai baju sampai naik atas moto abah nak hantar, aku buat..
Kang kalau tak layan, atok dia naik angin lagi teruk kang dia kena..
Dah penat menapak tak hilang lagi..dengan lapar giler nyer..istiqfar banyakbanyak aku melayan udin ni..
Baby pun mengeras je dalam perut time tu..kesian baby harini ye..nasib aryan abah dah hantar dulu rumah bs dia..
Dah settle sume nak makan la..sekali ma tak sempat masak lak..sebab melayan udin la..aku pun ok la, tak pe la..pahamkan..
Pastu ma kata ada nasi lemak lagi sebungkus tu..makan la tu dulu..dah tak tahan sangat makan la nasi lemak tu..tengahari makan nasi lemak..bantai la..
Tengah makan tengok abah balik dengan udin sekali..abah kata dia tak nak masuk dalam sekolah..entah la..suda nyer tak sekolah harini..
Pastu pukul 1 baru aku gerak g opis..nasib sampai opis diaorang sume baru nak order mcd..tumpang la sekaki..


So redakan segala kepenatan dan dugaan harini dengan mcflurry caremal..nyumyy...
Fries je baru makan..burger belum makan lagi..kejapkejap lagi baru makan..

Berbalik cete hal chekup harini, berat tak naik, menurun..
Nurse kata berat menurun ni, salah satu tanda nak dekat bersalin gak..so standby je la sekarang ni..bilabila masa je dah..nurse chek kepala baby, aku tanya dah masuk laluan k..dia kata kepala baby dah masuk tapi tak sume lagi la..
Walaupun menurun, berat dah cecah 7++ kg wokey..
Then nurse tu siap cakap, saya rasa ni last kot awak chekup..aku gelak je la..dalam hati tak hinggat nyer debor..
So samasama la kite menanti adakah ni last cete pasal chekup mengandung atau sebalik nyer..
Peace!!!!



18 Feb 2013

Keperluan Baby Dan Mama Ke Hospital..

Sudah 36weeks baru terhegehhegeh nak packing beg..
Tu pun sebab dah rasa lain..kalau ok je, mahu tak packing lagi ni..
Ni jalan pun dah slow motion..

Harus la standby awalawal..kang terberanak awal dari edd tak haru biru nanti..
Ikut edd mulamula, sepatut nyer 14/3..haritu scan kat kk masa berat badan aku naik banyak tu..
Scan baby nak tengok besar/berat baby dah berapa..edd doc tu tulis dah berubah ke 09/03..
Huh..debar, cuak, teruja, tak sabar, semua perasaan ada sekarang ni..


Ni beg baby..satu beg cukup la..lagi pun muat sume barang..
Bantal baby pun ada dalam tu tau..
Kang banyakbanyak beg susah nak bawa nanti..

List baby:-

  • tuala mandi
  • tuala muka
  • peralatan mandi
  • baby wipes
  • pampers untuk newborn
  • minyak telon
  • baju untuk newborn - aku bawa 3 pasang, lengan panjang dan pendek
  • sarung tangan & sarung kaki
  • topi
  • napkin - digunakan tuk bedung baby atau alas baby
  • barut 3 helai
  • selimut
  • Bantal baby


Ni lak beg aku..pun satu beg suda..
Barang aku pun tak yah bawa banyakbanyak.. 
Masa dalam hospital, mesti pakai baju hospital..

List mama:-
  • Kad nikah
  • i/c ibu & ayah
  • stokin
  • baju t-shirt
  • baju sejuk (sweater)
  • kain batik - 2 helai - sgt penting, bawa lebih pun ok tp jgn byk sgt
  • selipar
  • maternity pad - 1 pek
  • nursing bra
  • breast pad
  • seluar dalam/seluar pakai buang
  • tuala mandi
  • sikat / getah rambut
  • peralatan mandi
  • berus gigi & ubat gigi
  • air mineral/air selusuh/air zam-zam
  • minuman dan makanan/ thermos
  • plastik bag - senang tuk isi barang yang nak dibuang dan yg perlu bawa balik
  

16 Feb 2013

Pink Color


Jam menunjukkan hampir pukul 3 am..
Pe ke hal update blog pagipagi buta ni..
Mata tak boleh tido..tengok fb pun suda..tgk twitter pun suda..
So mencari idea, kite update la blog ye..
Update lajulaju guna hp je..

Nak cete tentang barubaru ni, aku baru beli kain ela..
Warna pink uols..dah kemaruk warna pink lak..
Sebelum ni, masa raya haritu.aku de beli gak kain ela kat jakel..color pun pink gak..tapi corak bungabunga arr dan tak seterang pink ni..
Tu pun tak tempah buat baju lagi..peram je dalam plastik tu..
Ni beli lagi kain ela dalam perut boyot ni..
Aku sekarang de 4 or 5 pasang kain ela yang tak buat baju lagi..
Bajet lepas beranak nanti nak anta buat baju..anta la 2,3 pasang nanti..
Ingat salah satu kain ela yang banyak tu, nak buat kurung moden..
Dah lama tak buat baju fesyen ni..tapi kalau badan kembali slim..
Kalau idak, jangan mimpi la..buat kurung pesak gantung suda..huawaaa..

Kain ni aku beli kat kenalan di alam maya,FB..Suhaili Zamzuri..
Dia ada jual kain cotton dan shantung silk..kalau korang nak tengok,g la kat fb search name dia ye..
Aku pun de beli kain shantung gak warna hijau..masa tu warna pink sold out..
Kain tu pun peram gak tak buat baju lagi..entah la ko ni anaaa..
Eh,tak pe simpan stok untuk raya nanti..save budget disitu ;p

Ok la, nak paksa mata ni tido..
Daaaa..Assalammualaikum..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

15 Feb 2013

Zikir Dipermudahkan Bersalin


Zikir Nabi Yunus 


LA ILA HA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN
 
"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Engkau, ya Allah. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

14 Feb 2013

Sudah 36weeks..

Kandungan sudah masuk 36w...so dah kena standby..
Bilabila masa je ni..tapi boleh beg tak packing satu apa pun lagi..
Tak pe la, petangpetang sikit masa aryan tido, aku packing la..
Aku cuti harini sebab bs aryan cuti seminggu balik kelate..
Papa lak kena bawa abah ke hospital sebab ada appointment arini..

Risau gak sebenar nyer, sebab 4,5 hari ni perut dah rasa lain macam..
Contraction manjamanja kot..
Bila dia mengeras dah rasa sakit..pastu kat 'tut' pun dah rasa sakit..
Bila rasa sakit kat 'tut' terpaksa berhenti or jadi patung sekejap..
Tak pasti la kepala dia dah masuk ke laluan ke apa..
Makin dekat ni makin berdebar..



Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki.

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Sediakan nutrisi yang diperlukan di masa penghujung ini dengan panduan makanan sempurna kami.

Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan.

Menyusun 10 jari memohon maaf kepada rakan blogger,jika penulisan saya ada menguris hati setengah pihak..Doakan saya semoga selamat sume nyer ye..aminn..

13 Feb 2013

Khemah oooo khemah

Ni nak cete pasal khemah..
Bukan khemah g camping tu..
Pasal main khemahkhemah antara papa dan aryan..


Ni sebelum ni, papa suka main khemah guna selimut dengan aryan..
Aryan pun suka la ada orang nak melayan dia main...
Aku tengok pun kelakar dah..sebab papa nyer yang over..sampai mak aku pun gelak tengok papa ;p
Habis dia pergi gantung selimut tu sana sini..Pastu terkekeh la diua beranak tu dalam tu..

Pastu malam kelmarin pergi carrefour topap barang baby dengan barang aku yang tak complete lagi..
Papa sibuk cari khemah mainan untuk anak bujang dia..



Jumpa la yang ini...design lain tak ada..yang ini je ada..
Laju je papa ambil je..ini pun aku rasa mahal..RM45 tak silap..khemah + ball...
Dah papa dia kata tak pe..so layankan je la..
Bak kata papa 'dulu tak dapat nak main macam ni'..eemm betul,budak sekarang beruntungkan..
Papa dan mama akan buat setakat mana yang mampu untuk mengembirakan anakanak, mamapapa ni..
 
Balik je, terus pasang.naknak time tu angah ada kat umah..tido sana sebab tengok abah..abah baru kuar hospital..
Seronok la dia ada geng main..sampai kak zana tu nangis tak nak balik..alolo sian nyer..
Tak apa, nanti datang lagi ye zana..


 

7 Feb 2013

Dapat chocolate moist cake free..


Semalam dapat chocolate moist cake free dari opismate..
Dia bagi free khas untuk frezz bbm dia sahaja...
Untung gak, walaupun tak ada instagram ..dapat cake free dari geng bbm..*ayat penyedap hati*
Dia pun ada ambil order apam dotdot dan chocolate moist ni..kalau nak tengok kat fb dia laici berry
Thanx a lot ye ida..

Naknak aku pun dah lama tak membaking..syiok arr dapat free..
Harus makan sekarang..next month dah tak boleh makan suka hati dah..
Pastu berat naik banyak ko bsing ana...ppprrff...
Tapi dah hujunghujung ni tak heran dah pun ;p




Bak kata aryan "mmm..cedap nyee"

6 Feb 2013

Belanja bos lunch di Tram Car..

Semalam lunch diluar bersama opismate..
Belanja bos makan sempena beday dia..
Happy beday ye, En.Kamarul..


Bos nak makan kat Tram Car di  32 Square, Pee Jay..
So ikutkan ajo..
Nampak dari luar restoran macam gempak jee...


Dia macammacam ado..western ado..nasi pun ado..
Weols sume makan western food je...
Dua picca makanan ni je sempat snap..yang lain tak sempat..

So far food dia ok la..dia ada starter dan dessert free..
Starter roti plus butter..pastu dessert dia bagi muffin..tak lau kalau ada dessert lain lak dia bagi..
Tapi makanan dia lembss sikit sampai nyer..tak tau la sebab ramai orang time tu ke..



Finance Dept:
Tu bos a.k.a beday boy..
Kak basha dan Azlen...
Aku dan kak fara..huh,setaman dah rupa aku..*sambil kelipkelip mata*



Maaf la, malas nak edit picca satusatu..buat collage lagi senang;p

Wordless Wednesday 060213 : Teringin Cendol Pulut


5 Feb 2013

Dinner di Subway Citta Mall


Ni cete weekend kami..tak ada pi mana pun..
Ikutkan hati nak pi karnival karangkraf..dah sampai depan karangkraf pun..sekali hujan lak time tu..
Pastu karnival tu pun nak tutup dah..sudah nyer tak masuk pun..
Just bawa aryan pusingpusing la..
Pastu lalu depan citta mall, aryan nampak je citta terus ajak pergi..
Dia tahu tak berhenti terus menangis, melalak dalam car..
Dah papa u-turn balik pergi la singgah kejap..
Bagi la budak tu berlari kesana mari..suka ko ye dapat bebas..

Time tu papa lapar lak, dia nampak subway terus ajak makan..
Rasa nyer 1st time papa makan subway..kesian laki den...hihihiih..
Aryan makan papa & mama punya je..
Tapi dia paling suka cookies chocolate subway..sebenar nyer mama pun teringin cookies tu..
Giligilir gigit cookies tu dengan aryan..hihih

Mentangmentang PM datang area rumah kitaorang, sempena My Beautiful Malaysia hari ahad haritu..
Jem area rumah tu tau..dengan polis bersepahsepah nyer..
Ikutkan hati nak gak join ramairamai tu..tapi tak larat la plus ramai orang dengan dah sarat ni..
So papa nyer pergi dengan aryan..dapat tshirt IM4U..terus pakai ye papa..
Aku lepak depan tv tengok live kat tv1 jo..

Aku dah 34w tak silap..huhuh..lupa sudah..
Itu la rupa perut aku sekarang..
Dap dip dup...


1 Feb 2013

Souviner dari Korea




Dapat souviner dari korea..thanx kak basha..
Opismate bagi, dia baru balik melancong ke korea..
Dapat set chopstik, sudu dan fridge magnet..
Sticker dan poskad Lee Min Ho tu pun aku ambil..tapi buka nuntuk aku..
Nak bagi anak buah aku..diaorang hantu korea..24 jam pasal korea..
"Dah ambil, maklang bagi dari korea tau"