31 Mei 2013

My Supplement Now

Ni nak cete supplement yang aku guna sekarang..
Anak dah 2 so kena la ambil sumthing..
Aku ambil brand Shaklee...famous dah kan shaklee ni sekarang..
Aku baru nak berjinak dengan shaklee ni..



Buat masa ini, aku hanya ambil alfafa dan esp je..
Sebab utama ambil alfafa dan esp ialah untuk milk booster..tak terpikir lak untuk yang lain..
Alfafa aku beli sebelum beranak lagi..start makan lepas bersalin..
Esp baru sampai semalam..dan malam tadi dah start minum..ni produk paling laris ni..
Aku beli kat blogger Aishah Rahim
Untuk alfafa, 330 biji RM53..berbaloi la banyak biji dan murah..
ESP 850gm RM121..aku ingat botol nyer kecik je..sekali besar daa..silap haribulan 2 bulan pun tahan ni..

Meh la ku share sikit kebaikan alfafa dan esp ni..

 Alfafa Shaklee

  • Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  • Merawat arthitis
  • Bagus untuk elergi dan ekzema
  • Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita)
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita)
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita)
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Melegakan sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Milk booster
  • Dan banyak lagi untuk disenaraikan…

  ESP
- ESP ni adalah sember protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.
- ESP mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol ia juga rendah lemak.
- ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya.
- ESP bantu untuk kekalkan paras gula dalam darah.
- ESP bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dna pembentukan otot baru,
- ESP tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna.
- ESP mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.
Sebabkan itu, badan kita sangat memerlukan PROTIEN. Sebabnya MAKANAN UTAMA bagi SEL ialah PROTIN. Sel yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat.
Khasiat ESP adalah;
1. Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 
2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.
5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
So mari la menjaga kesihatan ye uols..sekian saja dari saya promote tak berbayar...muahaaaa..

30 Mei 2013

Akhirnya Ke Buai Juga..

Nak cete pasal baby arfan ni..
Masa dalam pantang sehingga aku cuti 2 bulan, aku memang tak ajar masuk buai dan kalau boleh memang tak nak la pakai buai..
Walaupun lepas habis pantang ada la mak aku dengan mak mertua suruh masuk buai sebab baby arfan siang jenis tido kejapkejap jee..
So kalau masuk buai tido lama sikit kan..

Cukup la abang dia seorang..aku tak mau nanti baby arfan jadi macam abang aryan dia..ada part seksa weeyy..
Kalau balik kampung la payah sikit..agakagak susah nak tido..aku biar je dia main..nanti dia dah penat sangat terus je tido sendiri..tak yah pakai buai..
Kalau kat rumah lak, nak tunggu dia penat start dia bangun tido pagi sampai pukul 5 lebih nanti baru dia tertido sendiri..tapi kalau dah tido pukul 5 lebih kitaorang tak bagi tido lama..dalam sejam ke jadi la sebab nanti kalau tido lama, malam kang pukul 2,3 pagi baru tido ko..
Tapi kalau tido hotel senang pulak tido nyer..pandai pilih tempat yee..
Sampai sekarang abang aryan masih pakai buai tau..bila malam papa akan angkat dia dengan kain buai sekali..kalau ringan tak apa..nasib la, papa dia dah biasakan macam tu...huhhh..

Bila aku dah start kerja dan hantar baby arfan ke rumah babysitter (bs), bs dia dah masuk buai..dia tanya tak apa ke? Akan aku nak kata tak boleh gak kan..
Dia cakap risau nak biar tido bawah sebab bs dia ada jaga cucu dia gak umur setahun..tapi belum boleh jalan baru meniti di sofa..pastu kata nyer lama sikit dia tido..
So untuk menjaga keselamatan anak aku dan kesian kan bs aryan kalau tido kejapkejap je kan..bs aryan pun bukan muda lagi..tua dari my mom okay..

Its okay la..redha la sekarang baby arfan dah tido buai..pastu pandai,dah tido buai sekarang dodoi macam tu je tak mau kecuali dia dah puas meragam pastu tido la..
Naknak sekarang perangai baru, sebelum tido nak meragam dulu..menguji kesabaran gak la nak bagi tido sekarang..
Malam still tak berjaga untuk mainmain ke pe ke..hanya bangun untuk susu dan tido balik..itu i like..
Cuma lepas ni nak praktis tak mau bergantung sangat la kat buai..hope menjadi la ye..

lena ye kamu tido pakai buai..gigit tau la..



28 Mei 2013

Review Breast Pad

Kali ini nak cerita pasal breast pad..biasa la sapa yang lepas bersalin atau breastfeed mesti mengalami susu melimpah ken..
Same to me..macammacam jenama aku dah try..ada yang ok dan ada yang tak ok..
Sampai satu tahap breast pad habis tak sempat nak beli aku guna pad untuk period tu je uolss..aku kerat dua..hahahah..kena cari altenatif yee...
Kalau tak habis la bra lenjun dek susu..pastu baru pi beli breast pad..

Ni ada berapa jenis breast pad yang aku pernah try..so ini hanya pendapat aku la ye..tak tau lak kat uols pernah try ok ke kenn..



Pureen ni aku beli masa warehouse sale..1 kotak besar dan 1 kotak kecil tak silap..
Harga lupa la..tapi murah sikit la dari pasaran sebab warehouse sale kan..
Bagi aku breast pad ni tak ok...bulatan dia kecik pastu cepat bocor..habis basah bra tau..
So i dont like..

 

Anakku ni RM19.90 untuk 24 pcs..butik anakku kan dah ada depan rumah aku je so senang sikit..
Tapi agak mahal la ye untuk berapa keping je..
Bagi aku breast pad ni, aku suka..bulatan yang besar dan tak bocor walaupun penuh..


Ni jenama Autumnz..aku baru beli on9 je kat Onebabyworld..
RM13.52 untuk 30 pcs..dah la murah, banyak pcs lak tu..
So far untuk beberapa hari yang aku dah guna ni, ok la tak ada la bocor buat masa ni..
Bulatan dia besar macam Anakku..

Brand Avent pun aku ada try masa beli breast pump..dia ada bagi 2 set untuk try..
Macam ok gak..tapi tak pasti la kan..sebab 2 kali je try pakai..

Tapi pilihan aku dan aku suka ialah brand Anakku..
Agakagak ada breast pad yang murah dan ok tak uols? meh la share.. 

27 Mei 2013

"nak tuti puti...nak tuti puti"

Salam monday uols...
Monday blues...huhuhhh
 


Cantik nyer la muka kamu aryan ooiii..
Ni al kisah hari jumaat masa cuti wesak day..
Abang aryan ni boleh bantai mengamuk, menangis bagai sambil cakap "nak tuti puti..nak tuti puti."
Garagara dia tengok picca dia makan tuti fruiti kat hp papa..
Boleh tahan mengamuk dia haritu..time tu papa tak ada pergi sembahyang jumaat lak..
Jenuh pujuk kata nanti kite pergi ajak papa..huhuhh..

Sudah nyer semalam, ahad baru dapat bawa dia pi makan tuti futi kat Sek 13, Shah Alam..
Yang tak tahan, aryan masuk je terus nak ambil bekas tu..nak isi sendiri apa ke..
Aryan..aryan...


Tuti futi ada flavor baru horlicks dan durian..
Aku ambil flavor horlicks dan death chocolate untuk aku dan aryan..
Mama pun tumpang makan sekali..papa je mama lupa nak ofer..kijam sungguh bini mu ini..
Sebab papa pegang baby arfan..maaf ye pa lupa..


Ini dia budak teruja dapat makan tuti futi...
Muka puas hati dapat makan ye aryan..siap peace uolss..
Nak buat peace tak reti sudah nyer jadi macam tu peace nyer..hahahahhh...

Baby arfan pun join jugak....bad mood sebab nak tido..
Sekarang pandai nak tido, nak mengamuk dulu baru tido..
Perangai baru nak masuk 3 bulan kot..
Sabar saja la mama ye..



Papa yang tengah melayan ragam baby arfan..
Mama syiok makan dengan abang aryan..hahahahhh...



Eh, rambut ku sudah panjang..
Tapi dah macam penyapu arr..ni pun sudah start gugur..
Nak potong macam sayang je..dah la rambut aku lembss sikit nak panjang..jenuh nak tunggu..
Pastu pipi macam nampak tembs lagi..pipi ni yang susah sikit nak surut..huhuhuh



Baby arfan dah meragam, dah nangis bagai..
Papa pun dah keluar masuk tuti futi..
So apa lagi mama dengan abang aryan kena makan cepatcepat dan terus balik..
Tak ada pergi manamana pun..dah merengek dalam kete dalam 15 minit or 20 minit pastu terus zzzzzzzzz...



24 Mei 2013

Siblings


My sayangs... My Babies.. My bucukbucuk.. My masammasam... My pumpkins... My Bolatbolat.. My sweethearts..
Ohh My EVERYTHING...


#PuteraMyrzaAryan#PuteraMykailArfan

23 Mei 2013

Putera Mykail Arfan Dah 2 Bulan

Baru sempat nak update perkembangan terkini baby arfan yang dah 2 bulan lebih ni..
Ye la, kan haritu dia lama masuk hospital..

Chekup haritu dia dah 2 bulan 17 hari..sepatut nyer chekup 8hb tapi time tu dia kat hospital lagi..so postpone laa..

- Dia nyer berat dah 5.3kg..panjang dah 61cm..may be tinggi macam mama dia ni gak kot..huhuh..

- Pastu dia dah pandai senyum gelak bila diagah..tak ada la macam syiok sendiri je bila ko agah dia tak gelak..muahaaa..

- Pastu dah pandai berborak...ooooo..aaaaa....oooo..aaaa...

- Makin kuat menyusu..

- Suka mandi..tak ada la bila kena air je nak melalak..air kalo dah sejuk pun dia tak nangis..ye la sebab dia still batuk tak sihat..aku still mandikan dia dengan air suam..so kalau dah kejapkejap layan abang dia mau tak sejuk air mandi tu..huhuh

- Malam hanya bangun untuk menyusu je..pastu sambung tido balik..

otw nak pergi chekup..



22 Mei 2013

Genap 2 bulan Masuk Hospital

Harini baru nak cerita pasal baby arfan admitt..
Dah seminggu lebih dia keluar dari hospital..
Tapi still ada batuk lagi..bila la nak hilang pun batuk nyer..
Sembuhkan la anakku ya Allah...
 
Kisah nyer baby arfan start batuk masa dia sebulan lebih..time tu dah habis pantang..
May be berjangkit dengan orang kat rumah yang batuk time tu..
So masa dia baru batuk kitaorang bawa pergi klinik..tapi dah tau sebab baby kecik rasa nyer tak ada ubat..
Tapi bawa jugak la, risau ken..aku bawa klinik selalu pergi time aryan..tapi time tu doc yang selalu tu tak ada lak..
Yang ada doc ganti..hanya chek macam tu pastu kata bagi nap jee..tak cakap untuk apa nap tu..
Ubat memang tak ada la sebab kecik lagi..
Aku dah la tak ada pengalaman anak sakit macam ni..so tak berapa puas hati la..

Makin lama batuk baby arfan makin teruk la..sehingga suara dia serak tau..time malam je lagi kerap batuk dia...kesian tau aku tengok..atuk dengan nenek time tu pun risau sangatsangat..
Pastu time tu lagi berapa hari je dia nak 2 bulan..so aku decide tunggu dia genap 2 bulan nak bawa balik pergi klinik..mana tau ada ubat ke antibiotik ke..

So 03/05/13 petang tunggu papa balik keje, aku pergi klinik lagi sekali tapi klinik lain pulok..
Then doc tu chek dada baby arfan, pastu tengok lekuk kat area paruparu dia dan chek pernafasan..
Muka doc aku tengok dah lain..masa tu dah cuak dah ni..terus doc tanya aku bla..bla..
Pastu dia kata "ni kena refer hospital la..sebab dengar bunyi kat paruparu dia lain.."
Dengar je hospital pe lagi terus nangis aku..ye la tak pernah anak masuk hospital kan..
Doc tu tengok aku nangis.dia bagi la kata semangat..pastu cakap "baby kecik lagi better kita bawa dia cepat ke hospital, apaapa boleh rawat cepatcepat..insha Allah, tak ada apaapa la"
Pastu ok sikit la perasan cemas tadi walaupun airmata tak henti lagi..
Then doc tanya hospital mana u nak pergi..so panggil papa tanya papa sambil nangis..
Papa kata nak pergi hospital serdang je sebab baby arfan lahir kat situ..
Doc buat surat suruh pergi haritu jugak..tapi weols gerak malam sebab petang nak ke serdang sana jem kan orang balik keje..

Pukul 8 lebih baru gerak pergi hospital..aku dah siap packing baju bajan sume sebab rasa akan admitt punya la..
Sampai je sana masa keluar kereta boleh pulak jumpa abang mie suami bff aku azura..azura dah admitt nak bersalin..hihihhh
Pergi tempat emergency then tunjuk surat pastu tunggu chek sume..nasib baik tak lama pun kena tunggu..
Pastu kena buat xray kat bahagian dada baby arfan nak tengok kahak tu teruk mana..
Elok masuk bilik doctor then tunjuk xray dada baby arfan..nampak teruk gak kahak dia..terus nangis aku..sedu sedan aku nangis dah..kalau sapa ada anak, tengok anak sakit mesti sedih dan nangis gak kan..
Doc tu pujuk aku sambil usap bahu aku..kata insha Allah tak ada apaapa laa...

Pastu doc kata kena admitt, tapi dia kena call dulu wad kanakkanak sebab penuh kata nyer..
Dengar la doc call doc kat atas cete pasal kes anak aku..then dia kata ada katil kosong so admitt la..
Pastu dia kena ambil daah baby arfan sebab nak chek la..depan aku baby arfan nangis kawkaw kena cucuk ambil darah..
Nasib time tu aku dah suruh papa yang pegang baby arfan..bila dengar je dia nangis lagi kuat aku airmata aku jatuh koo..sampai papa pun mata merah aku tengok..kesian anak dia kecik lagi dah kena cucuk.
Kita yang tua ni pun kalau ambil darah sakit, ini kan baby yang kecik..ohh, tak sanggup aku dengar dan tengok tau..

Tengok picca atas tu..yang picca aku riba dia tu, tu malam yang weols sampai la..lepas dia ambil darah terus masuk oksigen sebab nafas dia laju dah..tengok mata aku merah sebab nangis sakan...
Dia kena pakai oksigen 24jam selama beberapa hari..pastu kena bagi nap 4 jam sekali..pastu turun ke 6 jam sekali..pastu stop..
Mulamula dia kena cucuk kat tangan masa ambil darah tu..pastu jarum dia tertanggal..so kena ambil lak kat kaki..masa kat kaki tu aku dengar dia nangis..aku tak bole masuk,hanya tunggu kat luar bilik je..meleleh lagi air mata aku tau..serius aku tak kuat untuk tahan nangis..

Ikutkan 5hb dia dah bole keluar, tibatiba doc pakar chek macam ada bunyi lain kat jantung dia..pastu ada lekuk lak kat jantung dia..so tak bole balik lagi..
Doc suruh buat CTG dan EKOR pulak kat jantung dia..picca yang banyak wayar tu buat CTG..nak tengok denyutan jantung dia normal ke tak..so alhamdulillah carta denyutan jantung dia normal..
Tunggu nak buat EKOR punya la lama..esok baru boleh buat..EKOR tu macam kite scan baby nampak baby gerakgerak kan..ni nampak dengupan jantung dia sume la..
So esok nyer barudapat tau result dia..alhamdulillah lagi sekali sebab jantung dia tak ada masalah..

Pastu kata 9hb tak silap dah boleh keluar hospital..tapi pagi tu doc pakar chek ada bunyi kahak lagi kat paruparu dia..so kena tahan lagi..
Mana tak nyer dari dah elok pastu kena tahan lagi..dari dah baik sampai sakit balik..
Aku pun elokelok sihat sampai demam + selsema + batuk duduk hospital lama sangat..


Akhir nyer pada 12/5/13 baru bole keluar..9 hari duduk hospital ko..dengan tido merengok nyer atas katil baby..sakit badan, urat semua tau..
Rindu giler abang aryan pun sama..
Balik tu terus aku baring dan tido sebab dah demam time tu pun..
Dah la sepatutnyer 10hb tu aku dah start keje dari cuti bersalin..so el la pada 10hb tu..
Isnin dan selasa pulak (13 & 14hb) aku dapat mc 2 hari sebab demam + selsema + batuk..
Rabu baru start keje..

Harapharap tak mau la episod hospital ni berulang..
Semoga anakanakku sihat sentiasa dan dibawah lindunganNya..
Aminnn......

Wordless Wednesday 220513: Mulut Itik..Hahahahh

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

17 Mei 2013

Hari Mengemas Sambil Ber'tshirt' Blogger

Salam Jumaat semua..



Selalu jumaat orang pakai baju kurung pergi kerja tapi aku harini pakai tshirt dan seluar jeans jo..
Sebab harini nak kemas dan pindah barang..tempat aku or finance depart akan pindah duduk 2nd floor..
Adoi, malas sungguh nak packing barang dan nanti nak punggah balik..leceh sungguh laa..


Huhuhuhu..dasyatkan ayat dia..


Cantek la wey tshirt ni...tuan dia pun cantik gak..hahahah *muntah ijau*
Tima kasih pada rakan bloggerku yang design, yang tolong handle print dan tolong poskan ye..
Baju ni sampai berapa hari sebelum aku beranak tak silap..tapi harini baru buka..
Dah dua bulan lebih terperap..baju aryan pun tak sempat tengok tadi..
Tak sabar lak nak pakai baju blogger ni bersama aryan..

Uols yang lain dah pakai ke tshirt ni?


15 Mei 2013

Start Kerja..

Assalamualaikum uolss..

Harini aku start kerja selepas 2 bulan lebih bercuti dari bersalin..
Serius aku katakan badan je kat opis..fikiran sume teringat kat baby arfan..
Ye la, baby arfan kan baru je keluar hospital hari ahad haritu..
So dia pun tak ada la ok sangat..still batuk gak..

Harini buat pertama kali gak dia dihantar kerumah babysitter..
Babysitter yang sama dengan aryan..nasibbaik cek pah nak jaga..kalau tak tambah masalah nak cari babysitter yang lain..
Itu yang buat aku tak tenteram ni kat opis..risau dia meragam ke..pe ke..
Ye la selama dia dibawah jagaan aku, perhatian lebih sikit sebab dia kecik lagi..pastu dia sakit lak..lagi la lebih sikit tumpu kat dia..
Ni orang jaga mesti tak sama dengan mak sendiri jaga kan..

Aryan lak pagi tadi pun buat hal..aduh, pening aku dah..
Tapi dia dah besar sikit..so tak ada la risau sangat..
Harini dia tak hantar rumah babysitter..dia duduk kat rumah je..

Cepat la 5.30..nak balik...nak jumpa si pipi bulat arfan...
Dan jugak si ngada aryan..hihihih...

be strong sayang..

9 Mei 2013

Rindu Giler Abang Aryan..


Bersiaran dari Hospital Serdang..
Yee, saya masih dihospital..
Huaawaa..nak balikkkk..

Adooii,rindu giler tahan gaban kat anak bujang sulung aku ni..a.k.a abang aryan..
Last jumpa hari isnin,papa bawa datang hospital..time tu kang selangor cuti..
Itu pun dapat jumpa kejapkejap je sebab haritu lak dia selsema..
So papa tak nak bagi dekat dengan baby arfan bawa la dia main kat depan bilik aku ni ada tempat permainan..lama dia kat situ la dari kat aku..
Sebab bila kat aku je,kang nak kiss baby arfan..pastu kang nak kiss lagi..risau berjangkit lak selsema dia kat baby arfan..susah mama nanti sayang..

Mama rindu dengan suara kuat abang aryan yang bagaikan halilintar..
Rindu kelasakkan abang aryan..
Rindu kiss dan pelukkan abang aryan..
Rindu bau bucuk masam abang aryan..
Rindu nak buat susu abang aryan..
Rindu nak mandikan abang aryan..
Rindu nak terpekik terlolong masa nak pakaikan baju dan pampers abang aryan..
Rindu panggilan mama dari abang aryan..
Mama rinduuu semu tentang abang aryan..

Abang aryan pun mesti rindu dekat mama dan baby kan..
Rindu nak buli mama..
Rindu kiss mama..
Rindu suara bingit mama..
Rindu belaian mama..
Rindu pukulan mama..
Rindu nak buat jelous supaya dapat perhatian lebih dari mama..

Pastu rindu nak kiss baby arfan..
Rindu nak usik mata baby arfan..
Rindu nak tonyoh pipi baby arfan..
Rindu nak jerit kat baby arfan..
Rindu nak panggil baby arfan 'adikkkkk'
Rindu nak baring kat sebelah baby arfan..

Baby arfan pun rindu kat abang aryan dia gak kan..
Rindu kiss dari abang aryan..
Rindu panggilan 'adikk' dari abang aryan..
Rindu dengan jari jemari abang aryan..
Rindu suara dan jeritan abang aryan yang selalu buat baby arfan terkejut..

Rindu semuaaaaa laaaaa...
Nanti mama dan baby arfan balik ye sayang..
Mama sayang abang aryan gak..
Muaawah...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

7 Mei 2013

Arfan Admitted


Baby arfan admitted at Hospital Serdang..
Nanti la story pasal arfan sakit ni ye..becos now still kat hospital..
Doakan arfan cepat sembuh ye..
Aminnn...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

3 Mei 2013

Pengalaman Bersalin Putera Mykail Arfan






Salam jumaat uols..
Harini 3/5/13 genap baby arfan 2 bulan.
Ramai yang tanya dan nak tahu tentang kes bersalin haritu..
Dari sehari ke sehari taip entri save..mana tak makan masa..
Ni arfan dah 2 bulan baru keluar entri nyer.
Ni baru anak dua..kang kalau dah anak tiga,silap haribulan entri pengalaman bersalin anak ketiga aku buat masa pregy anak nombor empat kot..hahaahhhh
Eh,nak sampai empat ke...muahaaaa...

Jom flashback..tarik nafas panjangpanjang ye..sebab entri nyer pun panjang..

1. Tengah tahan contraction
2. Deliver
3. Complication
4. My 2nd prince

02/03/2013 - Sabtu
Pada minggu ini kandungan dah mencecah 38minggu..
Pada siang hari perut dah rasa lain..dah start rasa contraction tu..tapi aku still bole tahan..so buat bodo je la..
Malam tu dalam pukul 8,siapsiap nak mandi sebab nak g klinik nak chek bp..macam biasa la sebab berat badan naik so still kena chek bp seminggu berapa kali tah..lupa suda..
Masa tengah mandi tibatiba *jeng jeng jeng* turun darah..habis meleleh celah peha dan lantai tandas..
Macam darah period..ingat sikit,sepanjang mandi tu still keluar ok..
Time tu dah pikir cornfirm la ni tanda nak beranak..panggil hubby suruh tengok darah kat lantai tu..
Then pe lagi muka cuak arr dia, 'cepatcepat la mandi g hospital terus'..
Aku cakap 'jangan la panik, pa panik lagi ma panik'
Pe lagi cargas mandi,cari barang pe yang patut..hubby handle aryan suruh atok bawa kuar jap sebab nanti dia nak ikut la weols g hospital..suda nyer aku tak dapat nak kiss aryan sebelum g hospital..sedih tau :(
Aku still pilih Hospital Serdang..aryan dulu pun kat sini..aku rasa sini ok,so tak yah nak pening pikir hospital lain..
Sampai je hospital dalam pukul 9 lebih..wad full tapi diaorang still accept..aku paling risau kalau kena tendang je..sampai ada kakak seorang tu dari Hospital Putrajaya,dia datang Serdang sebab Putrajaya full..
Register sume then masuk dalam nak buat CTG nak chek VE...
Time tu ramai lak yang nak beranak nyer pun..doc pun tak ramai..
So lama giler tunggu nyer..
03/03/2013 - Ahad
Pukul 1.30 pagi baru buat CTG dan chek VE..sekali chek VE dah buka 5cm..
Alhamdulillah sangatsangat la lega..
Kalau tak aku dah masuk labor room..tapi chek heartbeat baby sume ok..so wait dulu la kat bawah..
So dia kasi masuk labor room orang yang dah buka 7,8cm dulu..
Pukul 5 or 6 pagi macam tu chek VE lagi,aku bajet dah buka 7,8cm la..
Sekali hampa baru buka 6cm..huh,tension giler mak..time tu sakit pun dah tak boleh nak baring..aku duduk je lagi ok..
Time tu ramai nyer la yang baru datang nak beranak tuptup dah buka 7,8cm..
De seorang india tu baru datang,tapi tengok dia dah sakit sangat sampai nangisnangis dah..sekali chek VE dah buka 10cm..terus kelam kabut diaorang tolak masuk labor room..
Aku yang tengok ni macammacam perasaan ada..bengang,tension,sakit segala nyer la ada..
Pastu doc kata kita pecah air ketuban la..dia akan buat bukaan lagi cepat la..
Dulu aryan air ketuban pecah sendiri..kali ni dipecahkan aku rase sakit oiii..
Dah pecah dikorekkorek lagi..huuuh..
Then doc tu cakap baby dah berak sikit ni dalam perut..time tu risau laa..
Gamak nyer aku ni jenis bangsa anakanak berak dalam perut kot..aryan dulu pun same,hijau je air ketuban tu mengalir kat katil..
Lepas air ketuban pecah lagi la bertambah sakit sangat..
Pukul 8 pagi baru masuk labor room..chek VE lagi still 6cm koorang tau!
Diaorang pun pelik bukaan aku very the slow..bayangkan dari pukul 9 lebih aku sampai hingga dah pukul 8, berapa jam dah..
Dengan papa tak tidotido..sampai tersengguksengguk dia dalam labor room tu..kesian lak aku tengok,dia kata kat depan sana ada sofa bole tak dia tido jap sementara tu..aku pun bagi je la..sebab aku rase dia ada dalam tu pun tak bole nak buat pe..
Time aryan dulu bila sakit tu datang je aku suruh urut kaki..macam lega sikit la..
Kali ni aku rasa tak yah sebab sakit sangatsangat..
Pastu pukul 9 lebih tak silap aku,aku dah tak tahan sakit dah ni..tekan button suruh nurse masuk chek VE lagi..still 6cm..
Ya Allah time tu rasa kenapa la bukaan aku lambat giler ni..kalau macam ni berapa jam lagi aku nak tunggu buka 10cm..
Pastu nurse kata kita bagi ubat la biar kuat sikit sakit nanti bukaan cepat..
Aku pun ok je la dah tak tahan..pastu dia drip kat tangan aku..aku tengok macam masuk air je..tapi tak pasti la air tu air ubat pe..
Lepas je drip sakit dia lagi mengila weeyy..
Allah je yang tahu macam mane sakit nyer..
Aku rasa aryan dulu tak ada sakit macam ni sangat tau..yang ni sakit macam nak melayang nyawa rasa nyer..
Tapi yang ini same macam aryan dulu,sikit pun tak nangis..pelik gak aku..kalau tak pe hal sikit dah leleh airmata..sikit nangis..
Ooohh saya kuat disitu ye..
Pukul 10 macam gitu aku tekan lagi button..nurse masuk tanya kenapa..aku cakap la 'saya tak tahan sakit sangat'..nurse tu cakap 'memang dah masuk ubat bertambah sakit..awak tahan ye sebab dia nak bagi cepat bukaan..kalau awak rasa nak berak or meneran panggil ye..awak nak ubat tahan sakit ke?'
Laju je aku jawab nak tapi bukan epidural ye..
Sementara tu,aku pun bertahan je la..mulut tak berhenti zikir ni..
Pukul 11 lebih tak silap aku dah tak boleh nak tahan..
Time tu ubat tahan sakit aku tak dapat lagi..sebab tengah sakit kan aku pun lupa pasal ubat tahan sakit tu..
Tak kira la bukaan baru buka berapa..aku nak teran gak..sakittttttt..
Laju aku tekan button,nurse masuk aku terus cakap 'saya rasa nak meneran la'.
Nurse chek VE then dia kata 'ok la awak boleh meneran..awak try meneran saya nak tengok'..teran la aku...pastu nurse de betulkan dan ajar la..time tu aku tak tau pun dah buka berapa cm..tak ingin nak tau,yang aku nak tau nak kuar kan baby cepatcepat..
Masuk pulak nurse lagi seorang nak bagi ubat tahan sakit..sekali tengok aku dah nak meneran tak jadi la bagi...pastu aku suruh panggilkan papa kat depan tu..
Pastu nurse cakap 'kalau sakit tu datang awak terus teran'
Banyak kali gak aku teran sebab nafas aku pendek pastu tak reti nak curi nafas..
Dah nampak kepala baby je aku dah stop teran..tu yang mulamula nampak kepala baby lonjong sikit..
Nurse pun dah bisingbising 'awak teran macam nak berak sembelit..awak tak kesian ke kat baby..dah nampak kepala tu'
Papa pun kat sebelah memberi katakata sokongan..
Pe lagi kali ni ambil nafas betulbetul..bila sakit tu datang terus je aku meneran..
Selalu aku baca kes orang meneran sambil berak..
Kali ni terjadi kat aku..hahahahh..
Arte nyer tak ada bagi ubat suruh berak dulu pun..itu la jadi nyer..muaahaa..
Nurse tu siap cakap 'tak pe..berak je..terus meneran dah nampak kepala tu..suami tolong bagi semangat kat isteri'
Papa terdiam seketika sebab terkejut tengok kepala baby dah nampak kot..tak pun terkejut tengok aku terberak..hahahahh
Pastu terus papa cakap 'sikit je lagi ma,dah nampak kepala baby tu..teran,teran'
Terus la aku meneran sehingga nurse tu cakap 'ok kepala baby dah keluar,stop sekejap..ok terus teran'
Dia nak chek takut tali pusat terlilit kat kepala baby..
Dengan sekuat hati aku meneran akhir nyer terasa benda keluar dengan laju nyer..
Alhamdulillah kali ni aku berjaya teran original dengan tanpa sebarang bantuan en vacum or miss forsep..aryan dulu normal vacum..so tak sama rasa nyer..
Baby dah keluar,potong tali pusat..then dia tunjuk kat aku nunai nyer pastu letak kat dada aku..time tu baru aku nangis sebab dah nampak baby pastu teringat sakit yang lama..
Time tu dia korek nak keluarkan uri pulak..tunjuk kat aku rupa uri tu..
Lepas tu papa ambil baby la untuk azankan..sayu time tu rasa..
Masa aryan dulu tak dapat tengok sebab vacum papa kena tunggu kat luar..so azankan kat luar labor room..
Pastu papa cakap la 'tima kasih ye doctor' kat 2 orang yang sambut baby aku tu..
Diaorang cakap 'bukan doctor ye'..tak tau la nurse or pangkat pe..
Okay sesi jahit menjahit pulak..papa dah keluar dah..
Sebelum tu 2 nurse tu dah enjit kat peha untuk kecutkan rahim..
Tapi aku dengar macam ada problem..so masuk doctor la untuk chek..
Dia korekkorek V aku..pastu dia cakap kat nurse tu bahasa doctor la..
Tuptup aku tengok diaorang macam kelamkabut sikit..pastu masuk lak nurse lain..
Pastu doctor tu korekkorek lagi..sambil dia korek nurse seorang tu tekantekan perut aku..
Pastu dengar doctor tu kata suruh enjit lagi kat peha aku..so kali ke 2 dienjit untuk bagi rahim aku kecut..
Tak lama lepas tu,doctor tu korekkorek lagi dan tekan perut lagi..
Still rasa darah aku keluar dengan banyak nyer..
Pastu doctor tu mintak kapas..korekkorek lagi dengan kapas tu..
Kapas tu may be untuk serap darah aku kat dalam kot..
Korekkorek pakai tangan..pastu korek lagi pakai kapas..
Pastu baru jahit,doctor kata luka awak tak banyak so jahit sikit je..
Okay jahit la V aku tanpa dibius ye!
Dah jahit korek lagi V aku..tau tak betapa sakit nyer bawah dah jahit pastu dikorek...Allah..
Berapa puluh kali dikorek aku pun tak tahu la..aku betulbetul tak larat..totally out..energy aku zero..
So redha je pe yang diaorang buat..
Pastu masuk lagi seorang doctor ke nurse tah,diaorang bincangbincang pastu aku tengok diaorang suruh drip kat tangan aku ubat pe tah..
Doctor tu cakap dengan aku yang aku ni berlaku pendarahan teruk sebab rahim tak kecut..
Lepas tu diaorang suruh aku masuk kat bilik sederet dengan labor room tu..
Aku tak dibenarkan masuk wad sebab komplikasi aku tu..
Time diaorang tolak aku,aku dah pejam mata..letih teramat sangat..
Tuptup aku dengar suara papa 'eh,kenapa dia pengsan ke?
Pastu dengar doctor tu jawab 'tak la,dia tak larat sangat tu..ni dia mengalami pendarahan' lepas tu aku tak berapa dengar dah..
Tibatiba aku terdengar alunan zikir..buka mata tengok dah ada kat bilik..bilik tu memang pasang zikir 24jam tanpa henti..
Rasa macam seram untuk diri aku tau..tapi syukur alhamdulillah dipanjangkan umurku..
Masuk doctor tu lagi chek aku lagi..pastu dia suruh nurse cucuk kat sebelah tangan aku lagi untuk masuk apa tah..
Aku nak angkat tangan pun tak boleh,tenaga memang tak ada..
Sakit contraction dah lama..masa meneran pun ambil masa..pastu part korekkorek tu pun lama..macam mana la energy aku zero..
Sudah nyer,tangan kiri de 1 jarum dan tangan kanan ada 2 jarum..
Pastu kat hujung jari letak yang macam sepit baju tu..pe nama tah..
Kat dada letak pelekat wayar tu..
Pastu pelekat kain nak chek bp tu terpaksa letak kat kaki sebab tangan dah penuh dengar wayar dan tiup ubat..
Serius aku rasa macam bersalin czer okay..papa pun cakap macam tu..
Dah lah perut lapar plus haus giler..sekurang nyer dapat minum jadi la..tapi doctor tak bagi aku minum dengan makan dulu..
Dah kat dalam bilik tu tinggal la aku,papa dan baby..
Baby menangis pun aku dapat tengok je..aku tak larat nak angkat,kang jatuh lagi masalahkan..
Papa la handle baby..
Time tu rasa kesian sangat kat baby..
Pastu doctor dengan nurse masuk lagi tengok keadaan aku..aku mintak la nak minum,doctor tengok aku teruk sangat kot..dia bagi la 'tapi seteguk je tau tak bole banyak takut bleeding lagi.minum air kosong je tau'.
Lepas diaorang keluar mintak la papa air,tapi bukan seteguk..2,3 teguk gak la aku minum..haus beb..
Part ni ada video..entah bila waktu papa rakam..bila tengok balik video tu rase teruk nyer la aku time tu..
Pastu petang tu dalam pukul 6 lebih diaorang ambil baby sebab aku tak bole bangun nak handle babykan..
Sebelum tu diaorang bagi baby tu kat aku,adjust kedudukan baby suruh menetek dulu sebelum bawa naik..
Petang tu sebelum papa nak balik dia pergi tengok baby kat atas dulu.bawa pampers dan tisu basah..
Haritu gak aku kena masuk darah 1 beg..
04/03/2013 - Isnin
Pagi tu nurse masuk lap kan badan aku,tukar pad,tukar baju,tukar cadar katil,sikat rambut..sume la nurse tu buat..
Pastu masuk cleaner, then tengok aku..dia pun cakap la 'a'ah awak semalam bersalin kat bilik hujung sana..lepas bersalin saya bersihkan bilik tu..banyak betul darah awak kat lantai tau..patut awak kena masuk darah'
Aku pun dengar dan angguk je la..
Tengahari dalam pukul 12 lebih baru aku dibenarkan masuk wad..
Tapi sebelum tu doctor chek aku kena masuk darah lagi 1 beg..
Bila masuk wad baru jumpa baby balik..pagi tu bila bangun asyik ingat baby je tau..pikir dia menangis ada orang nak layan ke,minum susu ke tidak dia..sampai nangisnangis la aku teringat kat baby..
Tengahari tu papa datang melawat dengan adik aku..
Petang tu papa datang lagi dengan abah pulak..
Ingat petang tu bole la balik..sekali tak boleh balik lagi..
Kena tunggu esok,kalau tak ada apaapa baru bole balik..
05/05/2013 - Selasa
Pagi tu doctor datang chek tengok keadaan aku dah ok..so dia kata tengahari bole balik..
Call papa bagitau la..
Tengahari papa datang dengan bapa dan emak mertuaku..
Sebelum nak balik kena chek bawah lagi..
Kena korek lagi wokey..part paling syiok doctor tengok jahitan aku tak cantik so dia nak tambah 2 jahitan lagi..
Aku dah tekup muka wokey.terus tanya bius ke?doctor tu jawab 'alaa 2 jahitan je tak payah la bius..sikit je pun'
Redha je la..aku tahan sakit dengan gigit kain ye kawankawan..
Elok bawah tu aku rase dah okay sikit, terus rasa sakit balik..dah terkengkang aku jalan..
Masa nak balik ambil segala surat dan buku..nurse tu tanya baby ok ke menyusu?aku kata la okay je..nurse tu kata 'masa dia kat atas aritu kitaorang bagi susu tepung..sebab awak tak ada kan..' Patut la dapat kat aku dia tak menangis sangat..rupa nyer dah kenyang..
Tak apa la,untuk kebaikan baby..akan nak bagi dia kelaparan ken..
Then menuju pulang la kami..
Itu la cete pengalaman bersalin kan Putera Mykail Arfan..
Jangan ada yang baca aku nyer entri ni takut lak nak bersalin ye..lain orang, lain kes nyer..
Itu la besar nyer pengorbanan seorang ibu..
Tima kasih la pada sapa empunya darah tu yee..
Last sekali,serik ke ana? Oooohh tidak sama sekali tunggukan nanti kemunculan baby ketiga pulok...muahaaaa...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


2 Mei 2013

Dinner Mcd








Salam khamis uols..
Mesti tak sabar nak tunggu jumaatkan sebab nak cuti balik..hehehh..

Sempena cuti hari buruh semalam, 1st time keluar jalanjalan dan makan bersama ahli baru kami ni..berempat sudah..

Mulamula pergi Citta Mall nak pi lepak minum dan makan kek je kat Wondermilk..
Sekali tutup daa..sempena hari buruh kot..
Pastu nak bawa aryan makan tuti futi,dah lama tak bawa dia makan tuti futi..
Bila nampak je tuti futi,terus dia tunjuk dan cakap 'tuti puti'..pastu laju je aryan nak masuk..
Pun tutup jugak..kesian mamat seorang tu..hihhh..
Pastu bawa la pi mcd,masuk keluar mcd cari tempat duduk..full ko..
Then papa suggest pi mcd kat subang la..terus la kesana..

Kat Mcd Subang Jaya ni ada satu sudut kaunter McCafe yang menjual pelbagai jenis coffee macam kat Starbucks or Coffee Bean tu..
Ada jugak dessert..so kalau nak lepaklepak tak mau makan burger..boleh la order coffee dengan dessert dia..

Aku order coffee latte..RM5.50..
Tengok picca tu,cantik ko siap ada bunga lagi kat atas tu..
Tu pun jenuh aku nak habiskan air dia..
Nak kata aku still pantang ais, tak ada la..kadang hubby beli air nescafe ais or milo ais,aku de bedal gak 4,5 sedut..
Cuma kawal macam gitu jee..itu pun entah sampai bila boleh kawal..hahahahh

Tapi bila anak dah 2 ni,agak kelam kabut gak la sikit.
Masa bersiap pun bertambah lama..
Nak handle abang yang tak reti duduk diam..
Nasib baik adek ok je..behave je..setakat ekk,nak susu je..pastu tido..
Semalam keluar arfan memang tak ada buat hal la..Alhamdulillah senang dia..

Update pakai hp bb ni,sume picca keluar kat atas..
Tak boleh cete pastu picca,cete balik then picca..adoiii..
So redha la tengok picca sume dulu pastu baru tau cete..huh,tak best langsung begitu...

Eh,pipi ku masih bulat arr..macam mana nak bagi pipi pun surut gak ni..
Badan dah kurus sikit..#cewahh#
Time aryan dulu pun same, 3 bulan pun masih nampak pipi tembam..
Ada petua ka?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone