30 Ogo 2013

Hari Ke 7..Al-Fatihah

 Assalamualaikim uolss..


Ni nak cete hari ke 7 pemergian abah tersayang kite...
Hari ke 7 tu kami adikberadik dengan ma pakat nak hantar makanan ke masjid..
Buat yang simple je..kami masak mee dan meehon goreng..nanti hari ke 40 baru nak buat majlis tahlil besar sikit..ma kata bole panggil ramai orang..

2 orang tukang masak import my jiran..hehehe..jiran yang banyak membantu dari hari kematian sampai sekarang ni..
Yang tolong tengoktengok kan ma masa aku keje..berbaik dengan jiran ni la hasil nyer, saling bantu membantu..
Tima kasih la banyakbanyak yeee..

Nasib baik anak buah ramai, so diaorang tolong packing..
Kami buat 100 bungkus + air mineral, hantar masa magrib..

Then picca last tu bunga apa tah nama nyer..
Itu untuk letak kat kubur abah nanti..
Semoga bunga dan pokok tu terus hidup dan sentiasa berzikir untuk abah..
Al-Fatihah...

28 Ogo 2013

Solid Food - 4 Days Rule

Pejam celik pejam celik next week arfan dah 6 months olredy..
Time for eat.....
Ni pun sekarang bila orang makan, mulut dia pun sama mengunyah..alolo..sian anak mama..
Semalam ada cete, aku tengah pegang dia sambil aku makan keropok..entah bila waktu, dia capai keropok tu nak masuk mulut..
Sampai nenek cakap "sian ye adik, badan besar tak dapat makan lagi..beli la nestum tu, buat caircair bagi makan..sian dia'

Ni aku ada google sikit pasal solid food dan pasal 4 days rule tu..
Masa aryan dulu terlepas pandang pasal 4 days rules tu..sory ye abang aryan..
Tapi nasib baik la ok, tak ada apaapa..huhuhh

Tapi bilakah waktu yang paling sesuai untuk mula memperkenalkan makanan pejal kepada bayi anda?
Mengikut WHO, 6 bulan adalah waktu yang sesuai anda memperkenalkan makanan pejal.

Kenapa harus mengunggu sehingga 6 bulan?
Di usia sebegitu, organ-organ dalaman bayi sudah bersedia untuk menerima dan memproses selain dari susu ibu. Tetapi ada juga bayi sudah mula diberikan makanan pejal seawal usia 5 bulan setengah, dan tidak terkejut juga, ada yang hanya menerima makanan pejal ketika di usia 7 bulan.

Bagaimana kalau saya ingin meneruskan penyusuan eksklusif tanpa makanan pejal walaupun bayi saya sudah berusia lebih dari 6 bulan?
Melewatkan pengenalan kepada makanan pejal pula mugkin menyebabkan bayi anda kekurangan zat besi.

 Apakah tanda-tanda yang bayi anda sudah bersedia untuk menerima makanan pejal?
  • bayi mampu duduk dengan tegak
  • tounge-thrust reflex sudah berkurangan; iaitu bayi sudah mampu koordinat mulut dan lidahnya untuk kunyah & telan
  • bayi sudah mula mengutip objek di hadapannya dan memasukkan ke dalam mulut (sounds familiar..?)
  • bayi sudah menunjukkan minat terhadap makanan anda dengan cara ingin menerkam makanan anda :)
Sebagai seorang ibu, biasanya anda akan dapat 'baca' akan kewujudan tanda-tanda bayi anda sudah boleh mula diberikan makanan pejal.

Natural is always better.Jika dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, bayi bersusia 6 bulan boleh mula diberikan makanan berbentuk puri, iaitu dikisar atau dilecek halus. Bagi 8 bulan ke atas, memadai makanan itu ditapis atau dikisar kasar.

Menyediakan makanan pejal dengan air tangan ibu sendiri (atau homecooked baby food) amatlah digalakkan. Lebih segar, kebersihan yang terjamin, tanpa penstabil, tanpa gula, garam dan perisa tambahan dan ibu bebas untuk berkreativiti dengan resepi-resepi makanan pejal yang perlbagai! Ingat: No salt, No sugar. Perasakan puri atau bubur bayi anda dengan perasa asli. Contoh: air rebusan ayam, air rebusan daging, ubi kentang (rasa lemak), carrot dan jagung (rasa manis), ikan bilis digoreng dan dikisar halus, hirisan bawang putih, bawang merah dan bawang besar. Semua ini sudah cukup untuk membuka selera bayi anda! Silap-silap, mummy dan daddy pon join sama.

Puri berasaskan beras, buah-buahan dan sayur-sayuran sesuai diberikan sebagai permulaan. Amalkan pemerhatian selama 4 hari atau 4 Days Rule. Sekiranya bayi anda menunujukkan tanda-tanda alahan (cth: ruam pada kulit, sesak nafas), itu tandanya makanan tersebut tidak sesuai untuknya di usia tersebut. Sekiranya bayi tidak menunjukkan sebarang tanda negatif sepanjang 4 hari tersebut, maka bolehlah anda bereksperimen dengan campuran puri-puri berbeza mengikut kreativiti anda.

Sebanyak mana harus saya berikan?
Untuk permulaan, cukup 1-3 sudu untuk satu hidangan, dua kali sehari.
Berkemungkinan bayi anda akan menunjukkan muka 'pelik' ketika mula diperkenalkan kepada makanan pejal. Usah bimbang. Dan usah dipaksa. Cuba lagi di waktu lain.


Abaikan pork disitu yee..
Atas tu ada tulis apa yang baby boleh makan..
So nanti nak cari set pinggan dan sudu untuk arfan dengan nak beli buah/sayur untuk buat puri dia gak..
Pastu nak cari balik blander avent masa aryan dulu..
Tapi malam tadi papa beli barang dapur, papa ada beli gak nestum beras merah..standby laa..
Aku ingat sabtu ni aku start nak bagi arfan makan..time tu dia lagi 3 hari je nak 6 bulan..may be ok la kot..
Janji aku tak bagi masa dia umur 2 or 3 bulan wokay..



Okay kali ni mak ko over...siap buat jadual dah pun..
Ini plan aku nanti..nanti balik kasi lekat..
So anak harap bersabar la jika kamu bosan makan yang selama 4 hari...huhuhhh..

lepas ni tak ada dah makan tangan atau tuala ye dik..

27 Ogo 2013

I Love Mom From Rakan Alam Maya, Syima

Biar ramai kawan..
Tapi jangan ramai musuh..

budak tak reti duduk diam..payah nak snap picca..
 
Tima kasih aunty syima sebab bagi baju ni kat baby arfan..

Baju ni dah lama dia bagi..masa dalam pantang or lepas habis pantang ke pun..
Adoi, lupa lak..tapi pakai nyer masa dalam bulan posa haritu..
Pastu sekarang ni baru nak post..sory ye syima..heheheh..

Syima ni aku kenal melalui blog la pastu bawa ke fb..
Tapi belum sempat berjumpa faca to face..
Dulu ada dia order pavlova, tapi masa datang ambil aku tak ada kat rumah..
Belum sampai jodoh untuk bersua lagi..hehehehe..

Tima kasih daun keladi ye syima..


26 Ogo 2013

Abah Dalam Kenangan

AL-FATIHAH











Tima kasih pada semua yang datang ke majlis pengebumian arwah abah dan malam tahlil tu..
Tima kasih banyakbanyak..

#Picca dapat dari jiran lama..sairien, dia keje wartawan kat NST..tima kasih rien for the picca.#

23 Ogo 2013

"Handbag Mahal"

Salam Jumaat..


singgah putrajaya slps tgh 'abah' kt hosp serdang..


Handbag i yang paling mahal dan hanya i je yang guna okay...
Brand 'ArieAna'...hehehhhhh
Ni la handbag i sekarang..ke hulu hilir mesti bawa handbag ni..kalau hilang handbag ni mahu separuh mati i dibuat nyer..
Handbag ni berat tak tau berapa kilo dah..tapi boleh buat bahu nak tercabut dari tempat nyer..huhuhu
Mama lap u la adik baby....


*Mereka adalah kekuatan untuk aku sekarang..


#entri ni dalam draf sebelum raya lagi..ni baru publish..masih mencari mood untuk menaip..

22 Ogo 2013

18/08/2013 Persamaan 11 Syawal 1434 - Abah Pergi Meninggalkan Kami :'(

Assalamualaikum semua..

Harini aku kembali berkerja selepas cuti kematian selama 3 hari..
Ikutkan hati masih tak ada mood nak menulis..tapi kat sini la kenangan untuk diabadikan..

Sebelum ni aku ada cete pasal 'abah' sakitkan..

Tanggal 18/08/13 persamaan 11 Syawal 1434 jam 6.20 am 'abah' telah pergi meninggalkan kami..
Walaupun berat dugaan mu Ya Allah, tapi kami redha..
Biar la 'dia' pergi dengan tenang dari terseksa...sob..sob..

Abah, ana doakan abah ditempatkan dikalangan orang beriman..semoga abah tenang la disana ye..
Kami adikberadik akan jaga ma selagi hayat dikandung badan...abah jangan risau ye..
Kami sayang abah sangatsangat........


#kawankawan doakan Al-Fatihah untuk 'abah' saya ye..tima kasih..



19 Ogo 2013

Pantyliner Libresse

Entri kali ada unsurunsur 18sx ye...hehehehh
Entri untuk kaum hawa la..tapi kalau kaum lelaki pun boleh baca tambah info untuk isteri or girlfriend ke..

Nak cete pasal pantyliner...uolss pakai pantyliner tak?
Aku harus pakai, naknak lepas jadi mak orang kenn...
Rasa tak selesa kalau tak pakai..kalau habis menggelupur cari tau..


Nasib baik depan rumah ada matahari mall..
Habis je terus zass pergi matahari g beli..pilih je yang mana..
Pad pun ada..sonang keje makcik..


Aku pakai pantyliner yang ini..Libresse slim, (Absorbent Pantyliners, Unscented)
Ada 32 keping..harga pun murah..


Keistemewaan pantyliner ni:-

- Permukaan selembut kapas
- Berliang udara
- Permukaan yang lebar didepan
- Bulat dipermukaan belakang..

Nak tahu lebih lanjut,klik laman web dia.. http://www.livelibresse.com.my

16 Ogo 2013

Abah Menghidap AML Leukimia :'(

Assalamuailaikum..

Ingat nak update cete pasal raya..tapi tak ada mood la..nanti la dulu..
Sekarang nak cete pasal abah..buat masa sekarang ni my family tengah bersedih sejak dapat tau penyakit abah kelmarin..kalau sapa yang folow fb aku mungkin dah tahu..

Abah masuk hospital sehari sebelum raya, tapi sebelum tu dah tak larat baring jee...makan pun tak ada selera..pastu puasa lagi..
Hari selasa malam dia dah demam, rabu pagi hubby hantar pergi hosp serdang..
Time tu abah pun dah semput @ susah bernafas..so kena admitt la until now..

Selasa aku dah masuk keja tapi hubby start cuti lagi..so tengahari tu hubby,adik wan dengan ma pergi tengok abah..
Along dan family pun tengok, dia gerak dari rumah dia kat bandar baru bangi..
Petang tu doc call panggil suruh datang balik hosp..so adik wan, along dengan abang ipar pergi balik petang tu..hubby nak ambil aku kerja..
That time baru dapat tahu abah menhidap AML Leukimia tahap 5..sob.sob..
Untuk umur abah tahap 5 tu agak teruk la dibandingkan dengan umur yang muda sedikit..

Leukemia Mieloid Akut (Acute Myeloid Leukaemia (AML)
Leukemia ini biasanya menyerang orang dewasa, tetapi boleh terjadi pada kanak-kanak dan remaja.
Leukemia mieloid akut terutamanya menjejaskan sel-sel mieloid yang dikenali sebagai granulosit. Penyakit ini menghasilkan sel-sel mieloid yang masih muda di dalam jumlah yang berlebihan dan menyebabkan kekurangan sel-sel mieloid yang matang. Sel-sel mieloid yang muda ini boleh menyekat salur-salur darah.

08 Ogos 13 - Raya Pertama

Menu raya tahun ni hanya nasi impit + kuah lontong + kuah kacang + rendang ayam..
Aku dengan my sis angah raya kat sini dulu..Angah raya ke 3 baru gerak balik Perak..
Aku pun raya ke 3 lari jap balik Nogori..kesian aryan nak balik kampung jumpa oyang kata nyer..weols balik hari je pun..
Kang sapa nak bawa ma dengan adik g hops kalau balik lamalama.



Tahun ni beraya tak berapa best la sebab abah masuk hosp..
Tengahari raya pertama tu terus zasss pi hosp..
Time ni otw nak pi hosp la..nasib baik budak ni tido..kat tol sungai besi jem sikit..


Ini budak dah bangun, tak larar nak dukung lamalama..awak tu bambam..lenguh tangan mama tau..


Time ni ma bawa nasi impit dengan kuah lontong..baru la abah ada selera nak makan sikit..
Kalau tak, tak mahu makan sangat.. 
Dikelilingi anak menantu, cucu sume selera la kot..


Nasi hosp cucucucu dia yang bedal..hahahhh
Ok la tu, dari membazirkan..

09 Ogos 13 - Raya Kedua


Ni lak raya kedua pergi hosp..
Baby arfan tinggal kat rumah dengan ma dan anak buah yang lain..ma tak pergi..
So naik satu kete dengan angah, abg ipar dan hubby..aryan bawa kalau tinggal susah nenek nanti..


Haritu abah masuk darah lagi..
Darah abah jenis A+..sama dengan aku rasa nyer..

11 Ogos 13 - Raya Keempat

Sayang mereka dunia & akhirat..

Raya keempat pergi hosp bawa mak dengan adik wan sekali..
Angah raya ketiga dah balik kampung perak.
Aku raya ketiga lari jap balik nogori..


Ini budak bambam mengamuk nak tido..
Bagi susu tepuktepuk terus zzzzz..pinjam katil atok jap..


Jangan marah nak interframe gak..kuikui..

14 Ogos 13 - Raya Ketujuh


Ni hari selasa minggu ni..aku ambil el nak pi tengok abah..
Time ni abah dah dapat tahu dia ada leukimia..so tak berapa ceria dia..
Dapat la muka risau, pastu start kurang makan balik dah..sob..sob..

Time ni adik wan tengah sapu losyen kat kaki abah sebab kering..
Start dah ramai datang melawat abah time ni..sebab ramai dah tahu sakit abah tu..


Ni keluarga azura, satu family datang melawat abah..termasuk alin gak..
Tima kasih banyakbanyak yee sume..

15 Ogos 13 - Raya Kelapan


Ni picca terbaru..picca semalam..dapat dari adik wan..
Sebab semalam abah menjalani mengambil air tulang punggong..so adik wan jaga semalam, dia pun tido kat sana..
Ni picca baru lepas ambil air tu..picca kiri masih tak sedar lagi..
Picca kanan baru sedar tapi macam mamai sikit sebab ubat bius tu..tu baru tido selepas bagi makan..

Harini tak pasti dapat tengok ke tak..kalau tak dapat tengok..
Esok je la, bawa sekali baby arfan dan aryan..biar ada cucucucu dia, rasa happy la sikit kot..
Then maybe esok angah pun datang gak..so sume anak menantu cucu dia ada lagi happening sikit..

Kawankawan sume tolong doakan bapa saya ye..semoga Allah dapat membalas je..amin..

#Sejak dapat tahu penyakit abah..sentiasa aku menangis..tak sangka sangat..

13 Ogo 2013

Salam Lebaran 2013

Assalammualaikum....

Masih belum terlambat untuk mengucapkan.....................


Menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap, ada menguris hati didalam menulis blog ni..Salam Adilfitri dari kami sekeluarga..
P/s - Jika buat open house jangan lupa ajak..insyaallah kami datang..hehehe

#Entri raya akan menyusul nanti sebab lupa nak bawa card kamera dslr..#

8 Ogo 2013

Legakan Tekak Dihari Raya Dengan Marigold



Selamat Hari Raya uolss..

Panas nyer cuaca harini..tekak pun sentiasa haus..
So mari legakan tekak dengan Marigold Apple..
100% juice dan tiada sugar..
Amat sesuai sempena hari raya ni..

Daaaaa...
Maaf Zahir & Batin


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

6 Ogo 2013

Resepi Biskut Susu @ Milky Cookies

Kenapa la tahun ni malas giler nak buat biskut raya..bahanbahan dah beli tapi mooad tak ada..mood raya pun agak kureng sikit..diatas sebab tertentu yang membuatkan aku rasa tak berapa nak happy..Cuma excited untuk anakanak jee..
Tapi aku fikir angah dan along akan buat biskut raya nanti mesti akan bagi sikit..pastu kang tuptup ewan dapat lak biskut raya..nanti banyakbanyak tak habis..kang terperap berbulan dalam bekas..

Tapi aku kan tiaptiap tahun buat biskut raya, so tahun ni tak buat macam lain pulok..
So kuatkan diri buat gak sejenis biskut..resepi yang mudah dan sonong..


Ini je la biskut yang aku buat untuk tahun 2013..sadis sungguh la..

Biskut Susu @ Milky Cookies

Resepi dari: Secubitgaramnor67

Bahanbahan:

 250grm tepung jagung
1 tin susu pekat manis (yang kecik jgn abiskan)
1 sudu baking powder
butter /marjerin untuk uli tepung
perwarna -ikut suka

Caracara:

Gaulkan tepung + susu pekat manis.
Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh .
Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai
Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar
Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan..

#Tengah kemas rumah ni..sapusampah, mop dan gantung kain langsir#

5 Ogo 2013

Iftar Wif Tengku Jaafar Familys

Salam ramadhan terakhir uolss..
Kejap je dah nak habis ramadhan tahun ini kan..sob..sob..

Weekend baru ni, my sis along & angah deal nak buka posa ramairamai kat rumah..
Ingatkan hari sabtu je, rupa nyer hari ahad pun sama..so berkumpul la family Tengku Jaafar semua..
Havoc rumah ye dengan 4 orang anak, 3 menantu dan 11 cucu, okay..huhuhh..tunang adik laki ku, mastura tak ada balik kampung pulok..
Seronok rasa, sampai si zana nangis tak nak balik semalam..hihihih..tak pe rabu ni kita jumpa balik..


Panjang hujung sana sampai hujung sini ko, weolss makan..rumah tak besar biasa la..
Tak apa la, tak kaya harta benda tapi kaya kasih sayang..alhamdulillah..
Makanan sikit pun jadi sedap sebab makan ramairamai ken..


Sabtu, ahad kan cuaca panas..buat 2 jag air batu habis licin ko..1 jag besar lagi tu..air kosong dalam peti ais pun habis..
Memang aku pun banyak minum, haus giler rasa..


Oiii, budak tu beria makan..macam posa lak dia..hihhhh
Itu budak kalau makan nasi tak habis nak kicap..kicap..lotih omak ko ni tau..


Abah tak berapa sihat bulan posa ni sebab dah la posa pastu kehulu hilir..penat..
Pastu mulut pun sakit sebab de merahmerah tu sampai dalam mulut..nak makan pun sakit..kesian betul tengok..


Ni picca semalam, dalam tak larat tu, nak bakar ikan bagai la...nak buat rojak buah la..
Macammacam dia nak buat untuk anak,menantu, cucu dia..pastu bila dah semput terus macam nak pengsan..
Ni pun dah dapat surat dari klinik kelmarin sebab dah tak larat sangat..suruh pergi hospital chek darah kurang..tapi abah tak pergi pun..entah laaa...


Hari sabtu nasib baby arfan nak dekat pukul 7 dia dah start tido..
Hari ahad je lambat lak dia tido, time orang buka posa baru nak tido..so kena tidokan dia dulu..



Ma lak nanti akan makan pastu terus henjut baby arfan pastu suruh aku pergi makan pulok..
Aku kata tak apa laa..sebab tunggu papa makan dulu..dia nanti paksa suruh pergi makan gak..
Tima kasih ma..sayang ma sangatsangat..


Sapa kat bandar tak bole pasang pelita..heheheh..ni kat tepi rumah..
Hari sabtu malam wan (adik) dan papa pergi beli pelita lagi letak kat depan rumah..

Masa tengah sibuk pasang pelita depan rumah, sekali dengar orang jerit kat matahari mall depan rumah aku..
Rupa nyer ada orang curi handbag kat dalam pasaraya tu..de kiosk kecil jual handbag kat situ..
Masalah nyer laki bini dengan anak kecik kat tengah ko naik moto..bini dia bertudung ok..
Guard tu macam nak tarik tapi maybe sebab ada budak kecik kot kat tengah tu..
Dia nak melaram raya dengan handbag baru kot...kuikuikuiii..


Bungaapi time..pak lang (papa) sponsor bungaapi..
Tapi ada budak takut nak main arr..


Sonok baby tengok ramai kakak dan abang haritu main bungaapi..
Pastu sume nak main dengan dia..ada nak layan dia..
Aku muka dah peluhpeluh tu dengan mengemas, basuh pinggan..cuaca lak panas...

Ni la budak takut main bungaapi..menangis tak nak..
Pastu kazen dia pujuk, baru berani nak pegang..tapi tengok kemain tunduk pegang bungaapi tu..
Tapi still takut dengan mercun pop..alahai, aryan ooii..tak macho la macam ni setakat mercun pop pun takut..

Sonok sangat dapat berkumpul complete sume family tengku Jaafar 2 harini..
Tak pasti tahun depan dapat berkumpul ramai macam ni lagi ke tak..sob..sob..
Hanya mampu berdoa supaya dipanjangkan umur untuk semua keluargaku..aminn...

2 Ogo 2013

Mini Diaper Cake for Baby Adi

Congrats to Zie & Abang Epul diatas kelahiran yang ke 2..welcome to baby boy..
Dah sepasang dah..so boleh la kot rehat lama sikit dah..hihihih..
Masa anak 1st dulu aku de buat entri gak kat sini.
Tapi sekarang dia dah tak duduk sebelah rumah aku..owner rumah tu dah sewa kan kat orang lain.now dia duduk dengan kakak dia tak jauh gak la dari rumah aku..

Baby boy nama Adi..full name aku tak tau sebab zie berpantang kat rumah mak dia di Pahang..
So aku pun tak dapar tengok lagi baby baru tu.tunggu la habis pantang baru dia balik sini..
Sempena kelahiran baby boy baru tu, aku bagi gift mini diaper cake untuk dia..
Ni pun diy sendiri tau..ni aku pas kan kat kak yah, kakak abang epul..


P/s: Congrats zie dan selamat berpantang..

1 Ogo 2013

Iftar 22: Agar-agar Santan Pandan

Semalam aku el sebab bs baby arfan ada hal..
Bila dah duduk rumah, terpikir nak buat dessert la untuk berbuka nanti..
Terus terpikir nak buat agar-agar santan pandan..
Bahan semua ada cuma santan tak ada..apa guna Matahari Mall depan rumah..
Tengahari tu masa baby arfan tido, pi lari jap beli santan kotak, jenama kara je..

Resepi dia lebih kurang macam agar-agar-gula-melaka yang aku buat haritu..
Cuma tukar ke pandan je..senang dan mudah je..

Agar-Agar Santan Pandan
Resepi dari:  Hana Family



Bahan-bahan
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula
  • 1100 ml air
  • 170ml air campur 1 paket santan serbuk - ana guna santan pekat kotak
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  • Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
  • Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
  • Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil2.
  • Tuang kedalam loyang atau acuan.
  • Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong.

Duit Raya Pertama 2013


Alhamdulillah..murah rezeki untuk aryan dan arfan..
Ni duit raya pertama diaorang untuk tahun 2013 ni..
Untuk arfan memang pertama kali la ken..

Aik, aku belum lagi tukar duit raya ni..
Kena gak tukar this week..angpau dah berlambak mak mertua bagi tu..ayoyo..

Tima kasih ye aunty basha..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone