22 Jan 2014

BentoArfan#16: Roti Telur Roll Pisang

Assalammualaikum uolss..

Okay no wordless wednesday dah buat masa ni..
Bento arfan untuk harini...
Kita rasmikan new lunch box, new picks & new baran..
And new resepi gak..


Frog lunch box and baran from Bento Bento (FB)
Picks from Bento Craft..
Resepi baru ialah bubur nasi ikan merah..buat ala sup gitu..sedap sey bau dia..
Habaq mai ikan merah aku beli malam tadi sekeping, RM9.10 ko..fuuh, semangat..
Bak kata ma aku, tambah duit sikit dapat ayam seekor..eeemm..
Untuk mu anak, tak kisah la..kesian kamu asyik letak ayam je ken..
Then roti telur roll pisang dan buah kiwi..

Ni saja selitkan cara buat roti telur roll pisang..pagi tadi bangun awal..
So gigih la aku masak sambil snap picca..hahahah


- Sekeping roti
- Sebiji pisang
- Telur 

- Ambil sekeping roti dan lenyekkan..pagi tadi aku lenyekkan pakai cawan je..
- Letakkan sebiji pisang diatas roti dan balutkan sehingga menjadi roll..letak sedikit telur dihujung untuk gamkan roti..
- Salutkan roti roll tu dengan telur...kemudian goreng dia atas pan..aku guna butter unsalted..
- Dah masak potong kecikkecik..arfan gigikan baru empat batang, so potong bagi senang dia makan..

Done..masukkan dalam lunch box siap untuk ke rumah babysitter..


posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan