29 Jan 2014

BentoArfan#21 & 22: New Lunch Box

Assalammualaikum uols..

Ooohh yeyy..tinggal besok je nak keje..
Nasib baik besok 1/2 day je..yang dah start cuti syiok la tu ken..

Ni nak update bento arfan semalam dengan harini..
Semalam tak ada mood nak update..so harini kita update sekali harung je..



Ni bento semalam..28/01/14 yang ke 21..
Semalam tak tau la, entah apaapa aku hias dah..
French toast tu dah berapa kali keluar masuk bekas sudah..huhuh..
Lastlast macam tu je aku hias sebab dah makan masa kat situ..
Menu bubur nasi labu ikan merah dan french toast je.. 



Ini bento arfan untuk harini..
Bubur nasi labu kurma ayam, roti butter dan kiwi..
Bs arfan kata dia kalau nasi macam yang aku buat untuk hari senin (#20) dan semalam (#21) itu laju je dia makan..
Habis sampai tak cukup hari isnin tu..happy aku dengar tau..
Arfan memang faberat bubur nasi labu aku tengok..disebabkan itu 3 hari berturut labu je..
Tapi ada sekali tu aku buat tumis bubur nasi dia pastu lupa nak lenyekkan, bs dia kata tak habis dia makan..tak tau sebab aku tumis atau sebab nasi tu macam berketulketul..huhuh



Dah gajikan so bermula la shopping bento tools bermula..hahahah..
Ni baru sampai tengahari tadi..
Lunch box stitch dan doraemon..
Ni aku beli on9 kat Bento Tools Corner (fb) yee..aku survey barang dia murah la sikit dari on9 yang lain..
Sapa nak yang beli bento tools bole lah pi terjah fb dia yee...
 


posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan