25 Jul 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Berhatihati dijalan raya semasa pulang kekampung ye kawankawan..
Makan beringat sikit ye...jangan sampai muntah pulak..hihih..

Jumpa lagi after 1 weeks..babai...

Happy 4th Birthday Putera Myrza Aryan


25 July 2014

Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to aryan..
Happy birthday to you..

Happy 4th birthday sayang..
Semoga aryan menjadi anak yang soleh ye..
Mama dan papa sentiasa doakan yang terbaik untuk aryan..

Mama,papa & arfan love u so much..
Muaawah...




*eemm..tengah membuat bajet nak buat open house + beday aryan or not..eemm..

23 Jul 2014

Buzy weii buzy...



Assalammulaikum uols..
Adoii buzy nyer minggu ni..dari last week asyik prepare cheque..
Pastu ni buzy cari document sume bagai..
This week asyik balik lambat gak..paling lambat harini la..baru sampai rumah tadi..
Ponet nyer den raso...

Dah la masingmasing mood cuti sudah mari..
Mood cuti raya dah mari..tapi preparation untuk raya lansung tak ada..
Zero okay..kesian lak budakbudak ni laa..
Bukan aku je, papa pun zero pasal raya ni..
This week la kita balun pi cari baju melayu dan kasual ye..
Hope ada la yang cantik lagi..

21 Jul 2014

Sekewt Abg Kawasan

Assalammualaikum uols..

Ni nak cete pasal fenomena sekewt abang kawasan ni..
Tau tak sekewt abang kawasan ni sapa?


Ni ah Ashhannas..femous kat ig..
Selalu usha kat ig je orang pi beli sekewt nyer..
Sebab rege untuk sehelai beratus okay..tu yang mampu tengok jee..
Sekali last week 19 & 20 hb dia buat sale kasi licin punya..
Ada sekewt RM100 untuk 3 helai..
Ada sehelai RM50 je..

Pastu group blogger aku ada pulok yang nak pi beli sekewt abang kawasan tu..
Dan baik hati nak belikan untuk kitaorang yang kirim ni..
Si nurul dan reen yang pi..
100++ helai ko diaorang nak pi beli..


Tengok picca yang dia hantar kat wasap..
Beratus panjang giler okay..
5 jam dia beratur nak masuk wokay..
Sampai nak muntah2 dia..ye la bulan posa kan..

Pastu bila dah dapat masuk..hanya dapat beli 76 helai je..
Itu pun diaorang orang last yang bole beli banyak..lepas diaorang dah limit setiap sorang..
Pastu dah banyakbanyak tu tak dapat la color yang kita nak..
Dioarang bagi je color mana yang ada..
Kami weols tak kisah pun..sebab dah tolong nak beli pun dah okay..


So semalam aku jumpa nurul kat sek 7 nak ambil sekwet abang kawasan tu..
Jumpa sekali pja kat sana..dia pun nak ambil sekewt gak..
Ni 1st jumpa nurul dan pja..
Thank nurul and reen beli kan kite sekewt tu ye..
Tq so much..


Pastu ambil aura dukung Malaeka Mayesha..anak pja tu..
Tomey nyer dia..putih macam omak nyer..

Sekarang tinggal nak cari blouse je untuk padankan dengan sekewt tu..
Nanti kasi post pica ye..
Okay da nak balik da..

17 Jul 2014

Gunting Rambut Raya

Assalammualaikum uols..
Harini dah 20 ramadhan dah kita berpuasa..tinggal beberapa hari je lagi..
Pastu syawal pun menjelma..


Alangalang dah nak dekat raya..rambut aryan pun dah panjang.
So suruh papa bawa pergi gunting standby terus untuk rambut raya..
Kalini no more rambut pacak dah..kita jadi budak skema lak..rambut belah tepi..
Hihihihi...

Tapi kan................


-


-


-


-


-


-


Ini budak macam mana mau potong rambut nyer...
Fesyen apakah??
Muahahahaha....budak bulat kerinting mama ni...

14 Jul 2014

Biskut Raya World Cup - German Cookies

Assalammualaikum uols..
Mood raya belum sampai lagi..
Baju budakbudak tu satu pun belum shopping lagi..sedih sungguh..
Tapi mood biskut raya sudah ada..muahaha..



Sempena dengan world cup..ni dia German Cookies..hahahaha..
Eh, tak ada kena mengena la..ni je resepi yang mudah dan sonang..
Tu laju je nak buat..yang rumitrumit harap maaf la yee..

Bahan-bahan :
250 gm mentega
100 gm gula icing
250 gm tepung kentang
100 gm tepung gandum

Hiasan : Sugar Colours

Cara-cara :
1. Ayak tepung kentang dan tepung gandum. Ketepikan .
2. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim ( pukul sebati jer saya).
3. Masukkan tepung dan gaul dengan spatula hingga rata. Rehatkan selama 15 minit .
4. Ambil doh sebesar ibu jari (10 gm) bulatkan dan tekan atas menggunakan garfu..tabur kan sugar color or apaapa hiasan.
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 170C selama 15-20 minit.

11 Jul 2014

Agar-agar Roti

Assalammualaikum uols..
Salam ramadhan dan Al-fatihah..



Semalam terlebih rajin nak buat dessert untuk berbuka puasa..
Almaklum la balik keje awal..so sempat la pi beli barang..lagipun tengok serbuk agar-agar ada..
Terus nak buat agar-agar roti..

Bahan-bahan:
- 2 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat 
- 170ml susu cair
- 10 gram serbuk agar-agar 
- 1/2 cawan gula
- 2 sudu butter atau magerin (cairkan)
- 3 1/2 cawan air
- 2 sudu besar serbuk koko dan color hija

Cara-cara:

  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar agar dan gula kedalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan 1/2 cawan air. Masukkan ke dalam periuk agar agar yang sudah mendidih tadi.
  3. Masuk kan butter/magerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. Mati kan api.
  4. Bahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian satu warna asal, satu lagi campur kan koko dan satu color hijau.
  5. Ambil sesenduk warna asal tuang ke tengah tengah bekas puding. Kemudian ambil satu senduk warna coklat tuang ke atas warna asal tadi. 
  6. Biarkan puding bergerak sendiri tak perlu ratakan atau kacau.
  7. Ulang proses 5 sehingga habis. Ketika me'marble'kan puding hendak lah cepat untuk mengelak kan puding membeku.
  8. Bila dah siap biarkan seketika. Kemudian masuk kan ke dalam peti ais.
  9. Sedap dinikmati bila puding dah sejuk.

10 Jul 2014

Mengangkat Tangan Dan Menghulur Bantuan #PrayforGaza

Assalammualaikum uols..

Tak sanggup nak buka fb sekarang ni..
Sebab tak sanggup nak tengok orang post picca pasal Gaza dibom..
Terutama picca kanakkanak yang mati dan putus kaki tangan sana sini..
Serius aku tak boleh tengok..sedih teramat sangat..sob..sob..

Dan aku bersyukur sangatsangat kita disini aman dan banyak nikmat yang kita dapat disiini..
Alhamdulillah..terima kasih ya Allah..


Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat. Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.

Atas rasa sikap bertanggungjawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta.

Adakah anda sanggup melabur jumlah yang besar untuk saham akhirat anda di sana kelak?

Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!

Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;

Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922



Apa yang mampu aku lakukan dari jauh mengangkat tangan berdoa supaya sedara mara kita disana dilindungi oleh Allah S.W.T dan menghulur bantuan walaupun sedikit..
Dibulan ramadhan ni, mari la kita sumbangkan sebahagian rezeki Allah kepada kita untuk mereka disana..

9 Jul 2014

Eh, Ada 3 BE Lagi!

Assalammualaikun uols..
Selamat berpuasa ye..


Eh, baru je cashout nuffnang..
Now dah de RM0.79 lak..
Pastu ada 3 BE lagi lak tu yang on going..
Suka mak jemah tau..
Thank you nuffnang..

7 Jul 2014

Kuih Sagu Mata Ikan

Assalammualaikum uols..
Dah ramadhan ke 9 kita berpuasa ye..
Kejap je rasa nyer kan..
Tak lama lagi berkumandang la lagu raya..
Tahun ni sedih la dengar lagu raya,,raya pertama tanpa abah disisi..sob..sob..
Al-fatihah..


Semalam angah sekeluarga buka posa kat rumah..
So terlebih rajin try buat kuih sagu mata ikan..buat yang sonangsonang je..
Memang suka pun kuih ni..
1st buat kuih ni..nasib baik jadi dan sedap..hahah..

Bahan-bahan:
1 cawan sagu
2 cawan air
1/2 cawan gula
Perwarna merah/hijau
Secubit garam
Sedikit kelapa parut

Cara-cara:
- Didihkan air bersama gula..kemudian masukkan sagu..kacau sehingga pekat dan campur sedikit pewarna..
- Masukkan dalam loyang atau acuan yang sesuai..selepas sejuk golekkan bersama kelapa yang sudah digaul bersama garam..

Selamat mencuba..


3 Jul 2014

Simple Celebration Birthday Papa

Assalammualaikum uols..
Malam tadi lepas berbuka posa pergi la celebrate beday papa..
Just simple je..itu pun papa kata tak payah la..
Tapi dah cete dengan aryan nak pi makan kek..pe lagi asyik sebut je la..huhuh


Ingat nak pi Wondermilk Citta Mall, tapi dah keluar lambat so pi Secret Recipe kat p.j je..


Ini budak bulat rambut kembang manyak keje oii..


Abang arayn pun sama..dua hero..dua perangai..huhuh..


Disebabkan baru lepas berbuka so just order air je la..
Dengan kek 1 slice untuk papa..


Okay masa untuk tiup lilin..
See sapa yang beria nak tiup lilin tu..hihih
Budak sorang tu beday nyer 25hb ni lak..huhuh


Tu dia tuan tanah tengah menikmati hot chocolate..


Suka giler lak aryan ni dengan kek red velvet..
Dia yang habis kan kek tu..bagus sungguh..


Orang sibuk snap pica dia tengah makan kek lagi..
Cupcakes rcv kat wondermlik pun dia suka..


Okay sebelum balik snap picca dulu sekeluarga..
Mintak orang secret tu tolong snap..tq ye..
Kami brazilian..hihih

2 Jul 2014

Happy Bornday My Love

2nd July

Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to papa..
Happy birthday to you... 



1 Jul 2014

Time To Cashout

Assalammualaikum uols..
Salam ramadhan ye.



Time to cashout duit nuffnang..tengah sesak ni kan..so elok la cashout..
Walaupun amount nyer ciput je..tapi buat masa sekarang banyak bagi aku..
Ni pun rezeki blogging..Alhamdulillah..
Boleh la nak beli baju raya budakbudak tu..

Thank you nuffnang..