11 Jul 2014

Agar-agar Roti

Assalammualaikum uols..
Salam ramadhan dan Al-fatihah..



Semalam terlebih rajin nak buat dessert untuk berbuka puasa..
Almaklum la balik keje awal..so sempat la pi beli barang..lagipun tengok serbuk agar-agar ada..
Terus nak buat agar-agar roti..

Bahan-bahan:
- 2 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat 
- 170ml susu cair
- 10 gram serbuk agar-agar 
- 1/2 cawan gula
- 2 sudu butter atau magerin (cairkan)
- 3 1/2 cawan air
- 2 sudu besar serbuk koko dan color hija

Cara-cara:

  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar agar dan gula kedalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan 1/2 cawan air. Masukkan ke dalam periuk agar agar yang sudah mendidih tadi.
  3. Masuk kan butter/magerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. Mati kan api.
  4. Bahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian satu warna asal, satu lagi campur kan koko dan satu color hijau.
  5. Ambil sesenduk warna asal tuang ke tengah tengah bekas puding. Kemudian ambil satu senduk warna coklat tuang ke atas warna asal tadi. 
  6. Biarkan puding bergerak sendiri tak perlu ratakan atau kacau.
  7. Ulang proses 5 sehingga habis. Ketika me'marble'kan puding hendak lah cepat untuk mengelak kan puding membeku.
  8. Bila dah siap biarkan seketika. Kemudian masuk kan ke dalam peti ais.
  9. Sedap dinikmati bila puding dah sejuk.

1 ulasan: