30 Dis 2014

Puding Kastad Sumi Jelly

Meh nak tepek resepi puding kastad sumi jelly yang kite buat tu..
Alor, senang je pon..biasa la, yang susahsusah tak kuasa nak buat..
Nanti kalut dengan anakanak lagi sebab semua nak ke dapur..


Bahan-bahannya : 
Sumi jelly 1-2 bungkus (ikut suka) 
Agaragar bertali 1 bungkus
Gula 5-6 sudu besar
Susu cair 1 tin
Tepung kastard 4-5 sudu besar
Air *ni ikut mak kite, kalau sebungkus agaragar tali...air mesti 3 plastik agaragar tu..


*Tips* Saya tambahkan 4 sudu tepung jagung untuk bagi teksturnya kenyal sedikit

Cara-caranya : 

1. Susun sumi jelly yang yang dah dibuka ke dalam bekas. Ikut suka la nak susun cemana..
2. Didihkan air dalam periuk
3. Masukkan agaragar dan gaul sehingga dah tak bertali.
4. Masukkan susu cair
5. Masukkan gula
6. Masukkan tepung kastard yang dah dibancuh dengan sedikit air
7. Gaul semuanya atas api yang sederhana
8. Bila dah siap, tuangkan agar-agar tu ke dalam bekas yang berisi sumi jelly tadi
9. Sejukkan



Gigih anak buah tolong bukakan sumi jelly tu susun dalam loyang..
Sementara tu, maklang diaorang ni settle kan puding atas dapur..


Ah, ni rupa puding kastad sumi jelly selepas disejukkan dan diterbalikkan loyang nyer..


Ni yang dah siap potong, masa kat rumah mertua..


Yang ni lak, terlebih rajin buat dalam acuan kecikkecik..
Cantik lak rupa nyer ye..


1 ulasan: