15 Sep 2015

Cakoi Di Petang Hari Ahad

Assalammualaikum uols..
Seronok la aryan harini..tak payah pi school..esok cuti malaysia pulak..
Heaven ko kat rumah ye nak.. tak pe kasi can ye..

Ye la jerebu kan makin teruk...so elok la anak-anak cuti dari sekolah pon..
Bukan apa pon, untuk jaga kesihatan diaorang gak, nanti sakit kita jugak susah..
So hari sabtu baru ni papa keje sampai malam..
Ahad pulak dengan cuaca tak elok so memang terbantut kan mood nak keluar rumah la..

So petang ahad tu, dah duduk pikir nak buat apa untuk minum petang..
Teringat masih ada yis lagi kat dalam laci tu..
So pikir-pikir nak buat? donut dah try buat..google resepi, okay kita try buat cakoi je..

maaf rupa cakoi begitu rupa..hihih

Dah resepi untuk cakoi yang aku google..lupa lak ambil kat blog mana..maaf ye..

BAHAN BAHAN
(15-20 ketul)

400g tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar majerin
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat/susu tepung
1 biji kuning telur – tak letak pon boleh
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng

CARA CARA

1. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali tepung dan minyak. Kacau sebati.
2. Masukkan tepung sikit demi sikit sambil uli. Jika dah tuang semua tepung masih lagi lembik adunan tersebut, boleh la tambah2 sikit tepung sampai menjadi doh. Alter2 lah sikit ye.
3. Uli sehingga doh tak melekat pada mangkuk. Rehatkan selama 30 minit untuk naikkan sikit doh tersebut.


cara bentuk cakoi mcm ni..pic frm google..

Penyediaan
Ambil doh tadi dan buat step seperti di bawah untuk dijadikan cakoi :
1. Canai doh memanjang bentuk segi empat tepat.
2. Potong doh lebih kurang 1-1.5 inci.
3. Cantumkan dua doh yg dipotong tadi,
4. Ambil lidi dan tekan sikit bahagian yg dicantum tu untuk menampakkan lagi seperti cakoi. Pastikan lidi dicelup air sebelum berbuat sedemikian.
5. Sediakan minyak untuk menggoreng. Bila dah panas, ambil doh cakoi tadi. Sebelum dimasukkan kedalam kuali, tarik doh tadi memanjang. Gunakan api yg kecil sikit ye. Takut dalam tak masak pulak. Buat sehingga habis.
6. Boleh dicicah dengan sos kegemaran. *kite tak buat sos dia..just makan macam tu je..





So ini la menu petang ahad cakoi bersama nescafe latte...
Aryan paling makan banyak..arfan pon makan gak..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan