4 Sep 2015

Kenduri Tahlil Arwah Abah

Cuti deret 3 hari merdeka baru ni..
Kami adik beradik, ipar duai sume pakat share duit buat kenduri tahlil untuk arwah abah yang ke 2 tahun..

Pasang sepetak khemah dari persatuan ma dan arwah abah dapat la murah sewa nyer..
Pastu panggil jiran gotong royong tolong masakkan..
Tahlil lepas asar..

Menu adalah:
~ Ayam masak kicap
~ Sotong kering sambal
~ Masak lemak nenas dengan ikan masin
~ Sayur kacang panjang,tempe dan suun ala jawa..
~ Ulam-ulaman berserta sambal belacan
~ Air sunquick oren

Dessert @ kuih muih lak banyak yang orang bagi..kitaorang hanya buat kek je..
Alhamdulillah rezeki sampai tak muat meja la nak letak kuih muih..
~ 3 biji tembikai (cikgu hendon (ma jga anak dia dulu) & maksu enon)
~ Buah pear (mak mertua adik laki)
~ 2 biji kek (angah)
~ Apam 2 jenis (mak mertua adik & kak yah (babysitter arfan)
~ Agar-agar (mak mertua kite)
~ Puding jagung (mak mertua kite)
~ Kuih koci (sedara adik ipar)
~ Popia goreng (sedara adik ipar)
~ Karipap (kawan angah)

Eeeemmm ada yang tinggal ke..maap la yang ini je ingat..
Tak sempat pon nak snap picca makanan, sibuk sebelum orang nak baca tahlil datang..


Waktu ni orang kuat memasak tengah makan tengahari (meja belakang tu)..lauk tengahari masak kat dapur je..
Masak kari daging dan sayur goreng kobis je..


Alhamdulillah ramai yang datang untuk baca doa waktu tu..
Penuh la khemah hingga tak muat..
Tu picca dah selesai baca doa..ada yang masih makan lagi..


Arfan biasa la tengok ramai orang kat luar panas hati la kalau terkurung dalam umah...
Adaaa je la yang tak kena..suda myer papa ambil bawa keluar..


Yang ni lak dalam rumah penuh dengan kaum hawa..






Tudung color purple tu kakak pada ma kite..
Datang dari port dickson tu..dengan anak dan cucu dia..


Ma baru lepas habis makan..bising jiran tanya dah makan ke belum,suh makan..
Biasa la tuan rumah selalukan makan lambat..


Last sekali picca aku dengan arfan..
Waktu ni dah nak magrib..

Tima kasih banyak-banyak pada jiran yang tolong masak,yang tolong meramaikan majlis serta sedara mara jugak..
Jika ada terkurang,maap dipinta yee..

2 ulasan:

  1. alhamdulillah...murah rezeki, banyak sumbangan makan yang diterima...jemput orang dtaang rumah kita pun bagaikan menjemput rezeki juga, seronok tengok jiran & sedara mara bersama bergotong royong macam tu...

    mog arwah ayah ana ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah buat arwah cik jaafar...

    BalasPadam